|
Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik Indonesia (BMKG) merekodkan fenomena hari tanpa bayang di Bandung kira-kira pukul 11.36 pagi semalam.
Lapor Republika, fenomena itu berlaku dalam tempoh cepat iaitu kira-kira dua hingga tiga minit.
Ketua BMKG Bandung, Teguh Rahayu berkata, hari tanpa bayang itu berlaku apabila matahari berada pada kedudukan titik zenith atau tegak.
Kredit foto: TribunNews
“Keadaan itu menyebabkan bayangan struktur tegak akan kelihatan ‘menghilang’ kerana pertindihan cahaya.
“Fenomena itu berlaku dua kali setahun dan hari tanpa bayang terjadi di Bandung selepas ekuinoks berlaku (matahari melintasi khatulistiwa) pada September dan sebelum Mac,” katanya.
Jelas Teguh, fenomena tanpa bayang menyebabkan posisi matahari dari bumi berubah sepanjang tahun iaitu antara 23.4 darjah latitud utara ke 23.4 darjah latitud selatan.
Tegasnya, fenomena tersebut tidak memberi kesan terhadap sebarang situasi termasuk cuaca.
“Fenomena ini tidak dapat dilihat sekiranya hujan atau mendung,” ujarnya.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Mula2 tgok tajuk aku ingatkan thermos tertinggal kat taman pastu patah balik lepas 3 minit lesap tanpa bayang.. |
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94 replied at 12-10-2021 01:26 PM
Mula2 tgok tajuk aku ingatkan thermos tertinggal kat taman pastu patah balik lepas 3 minit lesap tan ...
Kan uols.. ingatkan thermos hilang |
|
|
|
|
|
|
|
Zero shadow day a.k.a equinox phenomenon.
Kita boleh tahu bila possible kejadian ni akan berlaku kat tempat korang. Ada software yang boleh kirakan, just key in your latitude.
Malaysia pun pernah jadi bulan lepas, berbeza hari & tempat seluruh negara. Dan bukan berlaku tepat pukul 12 tengahari ye.
|
|
|
|
|
|
|
|
bermakna sistem cakrewala masih berada pada tempatnya
apa berita yg aku baca bulan makin jauhla matahri makin dekatla bagai
|
|
|
|
|
|
|
|
ini bukan hari tanpa bayang
tapi
banyanganmu entah di mana
mengapa harus kita ditemukan
di saat jiwaku keresahan
apakah aku satu persinggahan
mengubat rindu...oohh |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun pernah, tgh2 jalan kan KL nak pergi lunch aku perasan kon atas jalan langsung takde bayang. aku siap sempat snap gambar.
|
|
|
|
|
|
|
|
cones memang la decaf, tapi yg diterima sebagai Lahaina Noon ialah bila tiang tegak tak produce any shadow
|
|
|
|
|
|
|
|
cone kalau biasa2 pun ada bayang meh
kebetulan masa tu yang ada atas jalan cuma cone. boleh juga nak tangkap gambar sendiri tanpa bayang tapi takde pulak orang nak tolong hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
sy ada google tadi.. semua cones tu, walau sedikit pun ada bayang
ingat nk tepek pix sini tapi bila scroll down, byk la pulak pics cones ni tgh2 jln yg takde bayang
so sy pun jadi confused
|
|
|
|
|
|
|
| |
|