CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dedah Situasi Covid-19 Di Wuhan, Wartawan China Hilang 600 Hari

11-10-2021 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4532| Komen: 4

Beijing: Seorang wartawan dari China yang hilang selama 600 hari selepas mendedahkan situasi Covid-19 di Wuhan dilaporkan masih hidup, tetapi enggan mendedahkan ke mana dia pergi selama ini.


Daily Star melaporkan Chen Qiushi menaiki kereta api terakhir ke Wuhan pada Januari tahun lalu.

Ia sekali gus mempertaruhkan nyawanya untuk membuat laporan mengenai wabak berkenaan di bandar yang menjadi pusat penularan virus itu.

Foto: Agensi

Bekas peguam berusia 34 tahun, ketika itu mendedahkan bagaimana penduduk dikurung di kediaman mereka ketika virus misteri itu 'menyerang' bandar, lapor Mirror.

Dia juga membandingkan Covid-19 dengan SARS dengan mendakwa bahawa Parti Komunis China cuba menyekat maklumat.


"Sekiranya kami menyebarkan berita dan maklumat lebih cepat daripada virus, maka kami dapat memenangi peperangan ini," katanya dalam klip, yang meraih lebih 1.5 juta kali tontonan.

Chen terus mendokumentasikan bencana yang berlaku di bandar itu semasa sekatan pergerakan (lockdown) pertama.

Dia menemu ramah individu kehilangan orang tersayang dan melakukan penggambaran di hospital tempatan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manzilla 11-10-2021 10:18 AM
Adakah beliau dibebaskan setelah ditanam  sekeping cip di dalam otaknya, yang boleh diletupkan dari jarak jauh?
Quote helicornia 11-10-2021 11:16 AM
Nasib idup lagi
Quote KamikuP 11-10-2021 01:20 PM
Ke mana dia pegi selama 600 hari? Main game squid kah?
Quote nakkomenjugak 11-10-2021 08:22 PM
Wahhhh hidup lagi ko yachhh

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.158937 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top