View: 3713|Reply: 4
|
Dedah Situasi Covid-19 Di Wuhan, Wartawan China Hilang 600 Hari
[Copy link]
|
|
Beijing: Seorang wartawan dari China yang hilang selama 600 hari selepas mendedahkan situasi Covid-19 di Wuhan dilaporkan masih hidup, tetapi enggan mendedahkan ke mana dia pergi selama ini.
Daily Star melaporkan Chen Qiushi menaiki kereta api terakhir ke Wuhan pada Januari tahun lalu.
Ia sekali gus mempertaruhkan nyawanya untuk membuat laporan mengenai wabak berkenaan di bandar yang menjadi pusat penularan virus itu.
Foto: Agensi
Bekas peguam berusia 34 tahun, ketika itu mendedahkan bagaimana penduduk dikurung di kediaman mereka ketika virus misteri itu 'menyerang' bandar, lapor Mirror.
Dia juga membandingkan Covid-19 dengan SARS dengan mendakwa bahawa Parti Komunis China cuba menyekat maklumat.
"Sekiranya kami menyebarkan berita dan maklumat lebih cepat daripada virus, maka kami dapat memenangi peperangan ini," katanya dalam klip, yang meraih lebih 1.5 juta kali tontonan.
Chen terus mendokumentasikan bencana yang berlaku di bandar itu semasa sekatan pergerakan (lockdown) pertama.
Dia menemu ramah individu kehilangan orang tersayang dan melakukan penggambaran di hospital tempatan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah beliau dibebaskan setelah ditanam sekeping cip di dalam otaknya, yang boleh diletupkan dari jarak jauh? |
|
|
|
|
|
|
|
Ke mana dia pegi selama 600 hari? Main game squid kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Wahhhh hidup lagi ko yachhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|