CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terpaksa Tutup Akaun Lepas Penonton Masukkan Duit Dalam Nombor Akaun Squid Game

4-10-2021 01:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3531| Komen: 3

Description: Pasukan produksi Squid Game terpaksa menutup akaun bank yang tertera dalam drama itu selepas menerima kiriman wang sebanyak 456 won (RM1.60).
Pasukan produksi Squid Game terpaksa menutup akaun bank yang tertera dalam drama itu selepas menerima kiriman wang sebanyak 456 won (RM1.60).

Duit itu dipercayai dimasukkan penonton drama kegilaan ramai yang merupakan akaun bank milik sutradara drama itu, Hwang Dong-Hyuk.


Dalam satu adegan, watak utama, Seong Gi Hun pergi ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mengeluarkan 10,000 won (RM35) daripada jumlah keseluruhan 45.6 bilion won (RM161 juta) yang dimenanginya.


Tangkap layar nombor akaun bank dalam Squid Game. - NETFLIX

Media Korea Selatan, Koreaportal melaporkan, nombor akaun bank dalam drama bersiri sememangnya wujud dan pasukan produksi meminta keizinan sebelum digunakan dalam penggambaran.

Squid Game mengisahkan tentang permainan tradisional warga Korea Selatan yang disertai individu yang mempunyai permasalahan dalam hidup seperti lambakan hutang dan gangguan emosi.


Drama bersiri itu turut trending di 83 negara termasuk United Kingdom dan Amerika Syarikat.


Sumber: Utusan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 4-10-2021 02:41 PM
Sotong sutun.
Quote Normabaru 5-10-2021 08:59 AM
1.60 pon nk jadi berita ke?

kt msia ni kena 2.6 B br jadi news tahu??
Quote Manjalalu 5-10-2021 04:49 PM
Ha3. Rm1.60 sajoo {:give

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.043402 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top