Pendakwah wanita dan sahabat baik kepada Ustaz Ebit Lew, Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria menitipkan pesanan kasih sayang buat pendakwah bebas susulan kontroversi dakwaan kes gangguan seksual, yang menjadi perbualan hangat ketika ini.
Menerusi entri Facebook, Laila mencoret panjang sebuah pesanan dan kata-kata nasihat buat figura tersebut serta seluruh rakyat Malaysia. Menurut Laila, jika segala dakwaan yang tular sejak kebelakangan itu benar belaka, maka dia menitipkan doa kepada Ilahi supaya membawa keluar Ebit Lew dari segala kesulitan yang dihadapinya pada masa ini. “Pesanan kasih sayang Allah buat sahabat baikku, Ustaz Ebit Lew dan seluruh rakyat Malaysia. Seandainya benar apa yang diperkatakan orang tentang dirimu, semoga Allah mengeluarkanmu dari segala kesulitan hidupmu serta kesakitan yang kau tanggung.
“Sehingga kau melakukan kerosakan sebegini besar. Ketahuilah bahawa ia kerosakan yang besar. Semoga Allah mengampunkanmu dan mengampunkan diriku serta semua rakyat Malaysia. “Sesunggunya padamu tergalas begitu banyak harapan manusia dan amanah yang perlu dipikul,” katanya di Facebook. Mengulas lanjut, pendakwah wanita itu turut memohon kepada Allah agar mengajar Ebit dengan kebaikan, jika segala kontroversi itu adalah fitnah semata-mata. Malah, dia juga berpesan kepada sesiapa yang tidak mengetahui isu sebenar dinasihatkan supaya tidak menyokong atau mengeji kerana kebenaran masih belum dirungkai lagi. “Pasti ada ubat dan penawar. Ubatilah dirimu dan carilah jalan keluar sebelum terlambat. Terlalu ramai ingin menolongmu. Seandainya ia merupakan fitnah, semoga Allah mengajarimu dengan sebanyak-banyak kebaikan yang tidak terhitung. “Buat yang tidak tahu akar umbi dan pengetahuan sangat terhad, maka lebih baik tidak menyokong serta mengeji. Boleh jadi, tuan puan menyokong walhal sedang menyokong kemungkaran yang tersembunyi. “Dan bila mana menuduh orang lain membuat fitnah ke atas Ebit, boleh jadi tuan puan pula sedang memfitnah mereka tersebut yang menjumpai kebenaran. Malah, jika benar ada pengetahuan 100 peratus dia tidak melakukannya, bantulah dia keluar dari fitnah ini,” tulisnya panjang. Difahamkan, siasatan masih terus dijalankan dan Ebit Lew dipanggil semula ke Bukit Aman, Jumaat lalu untuk mengambil keterangan berhubung isu berkenaan. -CARI Sumber: Utusan Online
|
kakikuDibibirmu: Jangan ya Laila, jangan terpedaya, apa yang kau lihat semuanya dusta Z5zzNMSTmH4
umbut replied at 4-10-2021 01:24 PM
Kemain berjela setazah bagi tazkirah
kelapaparut replied at 4-10-2021 06:00 PM
ke setazah ni pnah bidio call dgn uel, tu nmpk jinak smcm je..
noor2 replied at 4-10-2021 01:30 PM
Amboi ustazah ni mekap ke apa....nampak lawa..
makadek replied at 4-10-2021 08:28 PM
Mmg cantik manis jer
ADVERTISEMENT