CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Rakan Serumah Sebab Dirasuk Roh Puteri Diana

4-10-2021 08:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2990| Komen: 12

Dublin: Seorang wanita di Ireland terlepas daripada tuduhan kerana membunuh selepas dia didapati dalam keadaan tidak siuman ketika melakukan perbuatan itu.

Grace Miano, 53, percaya dia dirasuk 'roh Puteri Diana' dan perlu membunuh rakan serumahnya bagi 'melindungi' Putera William.

Mahkamah Pusat Jenayah di Dublin bagaimana memutuskan wanita itu tidak waras ketika menyerang lelaki Malawi, Limbani 'Robert' Mzoma, 27, di Foxrock pada 1 November 2018.

Foto: Agensi

Juri memberi keputusan sebulat suara pada Khamis yang memutuskan tertuduh tidak bersalah atas tuduhan membunuh.

Ia selepas perunding psikiatri memberitahu, wanita itu mungkin individu paling teruk menderita skizofrenia pernah ditemuinya, menurut DublinLive seperti dilaporkan Daily Star.


Peguam belanya, Michael Bowman memberitahu juri pada Rabu, anak guamnya kadang-kadang percaya dia dikuasai Puteri Diana, yang datang memberi arahan kepadanya.

Katanya, wanita itu tidak waras dan mendakwa sehari selepas kejadian pembunuhan itu, Puteri Diana memberitahu dia yang berjaya melakukan perbuatan itu.

Peguam bela berkata, laporan perubatan mengesahkan keadaan mental tertuduh.

Perbicaraan mendengar keterangan perunding psikiatri Miano yang memberitahu polis Ireland bahawa dia membunuh Mzoma bagi melindungi Putera William.

Selain itu, tertuduh memotong kemaluan lelaki itu selepas kematian mangsa untuk melindungi wanita.

Wanita itu turut memberitahu perunding psikiatri terbabit, dia dikuasai semangat roh Puteri Diana dan Raja Britain lain untuk menghentikan komplot Kate Middleton yang cuba meletakkan Putera William dan Putera Harry dalam bahaya.

Selepas keputusan, pendakwa raya mengemukakan permohonan supaya Miano menjalani pemeriksaan selama 14 hari untuk melihat sama ada dia memerlukan rawatan di hospital.

Hakim McDermott meluluskan permohonan itu dan Miano masih ditahan direman sebelum prosiding berikutnya untuk mahkamah mendengar laporan psikiatri.

Hakim turut mengucapkan takziah kepada keluarga Mzoma yang menderita akibat kehilangan lelaki itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 4-10-2021 08:51 AM
Tengok muka pun dah serem .. ee takuit
Quote helicornia 4-10-2021 10:00 AM
Tk psl lady D dipersalahkan
Quote edayildiz 4-10-2021 10:04 AM
tacoddd bye
Quote nakkomenjugak 4-10-2021 04:45 PM
Ko hadoooo kesurupan lady di???
Kesian orang yang sheol bunuh tu
Quote cik_sssara 4-10-2021 05:44 PM
Remind me of that one case (US) which that young guy yang tembak member kelas dia sebab nak cross border tu. Masa polis soal siasat memang dengan lancar & detail dia cerita semula kejadian dan mengaku bunuh. Tapi bila polis tanya apa motif, senyap. Rupanya memang masalah mental.

While another case yang mass shooting tu pulak berlakon depressed /orang gila, but kantoi tak gila. Lol ingat senang ke nak convinced polis sana.

Kat malaysia ni taktahulah...
Quote mojarean_X 4-12-2023 04:45 AM
Ohhhhh.......
Quote noor2 4-12-2023 05:11 AM
mojarean_X replied at 4-12-2023 04:45 AM
Ohhhhh.......

Dah knp naikkan semua thread lama cik marjerin?
Quote ujio 4-12-2023 05:42 AM
Choii..kisah lama ke dekk...
Quote shernazz 4-12-2023 07:37 AM
Lady d pung takut nak Rasuk dia..
Saje je Guna Nama mendiang tu kan..
Haha
Quote shernazz 4-12-2023 07:39 AM
mojarean_X replied at 4-12-2023 04:45 AM
Ohhhhh.......

Uols kerasukan lady d kah?
Tibe2 je thread Naik
Ye ye je iols Komen ingat thread baru
Quote ardent91 4-12-2023 08:12 AM
actually ramnai jer org yg perasan kewujudan thread lama2 camni.. so for me ok jer kalo ada sape2 yg upkan balik.. aku pown baru taw pasal kes ni...
Quote shamsadis 4-12-2023 08:36 AM




gambar biar jelas...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.060388 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top