CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lepas Berlakon Meerqeen Jadi Penyanyi, Sedap Ke Suara?

2-10-2021 12:29 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4311| Komen: 14|Original author: Oleh: Cari-Azza




Bintang meningkat naik, Meerqeen dikenali dalam drama bersiri Angkara Cinta membuatkan ramai memujinya sebagai pelapis pelakon lelaki yang berbakat.

Terbaharu, Meerqeen, 20 membuat kejutan dengan hadir bersama single pertamanya, Menunggu.

Baginya, dia mahukan mempelbagaikan potensi yang ada.


Menjawab kepada persoalan, kenapa menyanyi, Meerqeen menjelaskan yang niat asalnya ialah menjadi penyanyi.

"Saya mulakan kerjaya Hero Remaja dengan impian untuk jadi penyanyi. Tapi, rezeki lakonan yang datang dulu. Hati saya pun cepat masuk dan minat dipupuk sampai sekarang."

Foto : ig

Menurutnya lagi, tawaran nyanyian datang ketika rezeki berlakon tidak putus dan lagu Menunggu itu pula menceritakan hati lelaki yang kecewa setelah dipermainkan wanita.

Memandangkan baru menyanyi genre balada, pelakon beraura K-Drama ini mengakui yang tidak boleh menyanyi live.

"Ini percubaan pertama nyanyi lagu balada, sebelum ni RnB dan ia perlukan masa"

Foto : ig

Apa pun, tahniah Meerqeen. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 2-10-2021 01:15 PM
Mcmmana nak sebut nama heshe? Merkin / mierkin/mierkien?
Quote gideoncross 2-10-2021 01:53 PM
Mirkin kot cra nak sbut nma dia ni.
Quote Mulotkoyak 2-10-2021 02:45 PM
KamikuP: Mcmmana nak sebut nama heshe? Merkin / mierkin/mierkien?

birkin koy.. Mcm nme henbag rosmah timah...
Quote kiah_mai_pulak 2-10-2021 02:51 PM
merr errrr kerrr enn,, kot bunyi dia.., hahahhaa
Quote cicicumel 2-10-2021 02:53 PM
X sedap.. Mohon berlakon je la sis
Quote Mawar91 2-10-2021 03:31 PM
Hensem la heols.Mohon masuk mimpi meols sekejap pon jadi la ye .
Quote caca_eric 2-10-2021 05:47 PM
sama suara mcm pelakon sorg tu
tak sedap..
muka hensem..
dimaafkan..
Quote caca_eric 2-10-2021 05:48 PM
KamikuP replied at 2-10-2021 01:15 PM
Mcmmana nak sebut nama heshe? Merkin / mierkin/mierkien?

Mer-kin....
Quote nakkomenjugak 2-10-2021 10:13 PM
Tua dahh iol
Makin lama makin tak kenal nama retis bbnu
Good luck laa eh
Quote far-risk 3-10-2021 01:04 AM
caca_eric replied at 2-10-2021 05:47 PM
sama suara mcm pelakon sorg tu
tak sedap..
muka hensem..

jujurnya. hahahahahahhaa
Quote Reira77 3-10-2021 06:29 PM
Ya ampun tak sedapnya. Takde lenggok pun suara dia.  Teringat member aku pun ada buat lagu, dia rap tapi suara dia kecik mashaAllah baik aku dgr bunyi cencurut. Mentang-mentang la youtube tu free. Habis semuaorg menyanyi upload youtube siap buat mv segala
Quote eely_shana 3-10-2021 06:50 PM
Selamatlah mencuba macam2 cabang bidang seni
Quote electricopop 4-10-2021 12:31 PM
Ada rupa, go sajorr  nak berlakon ke nak menyanyi ke.
Quote buragazz 8-10-2021 03:17 PM
Macam nama mangkuk yang buat puding caramel tu bunyik nyer..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.235153 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top