Ketua Daerah Aceh Selatan, Amran memaklumkan pihak pemerintah akan bertanggungjawab menanggung kos rawatan membabitkan wartawan Harian Rakyat Aceh, Fathayat Ahmad yang lumpuh selepas menerima vaksin Covid-19.
Pada 12 Julai lalu, Fathayat disuntik vaksin di Samadua dan sejam selepas itu, dia menggigil kesejukan. Sebelah malam pula, dia mengalami demam dan perutnya sakit, kaki menjadi kebas dan pergelangan tangannya berdenyut-denyut. Bagaimanapun, keadaan dirinya ketika itu masih normal dan stabil. Namun, dua minggu kemudian, otot-ototnya terasa sakit dan 30 Ogos lalu, dia menerima rawatan di hospital selama 10 hari. Menurut ahli keluarganya, selepas itu, lelaki itu dirujuk ke Hospital Umum Banda Aceh selepas keadaannya belum menunjukkan sebarang perubahan. “Selepas dirawat selama 12 hari di hospital itu, keadaan dirinya juga belum baik. Menurut doktor, kegagalan vaksin itu menyebabkan keadaannya lebih lemah,” kata keluarganya.
Sehingga kini, dia tidak dibenarkan pulang ke Tapaktuan dan perlu menjalani terapi di hospital tersebut. Sumber: Utusan
|
Adrif: negara sana guna vaksin apa?
LadyCarefree replied at 30-9-2021 09:17 PM
Sinovac sbb diorang setuju dpt vaksin in exchange jd ujikaji keberkesanan. Kan sebelum ni akibat ...
mbhcsf replied at 30-9-2021 09:26 PM
possibly GBS
Gullian Barre , eh tak buat MRI ke? atau ambil sample air csf/ tulang belakang?
Shayang replied at 30-9-2021 08:21 PM
Dorang cuma amik sinovac je ke? Nampak macam ada yang amik AZ ke aku salah tgk tahla.
Masa tu ten ...
JessePinkman replied at 30-9-2021 09:11 PM
Kalau berlaku di Msia ni, ramai makcik2 lantik diri sendiri jadi spokeperson syarikat vaksin.
LadyCarefree replied at 30-9-2021 09:17 PM
Sinovac sbb diorang setuju dpt vaksin in exchange jd ujikaji keberkesanan. Kan sebelum ni akibat ...
Dorotheas replied at 30-9-2021 11:31 PM
Bagus pemerintah aceh ambil tnggungjawab tangung kos dan perubatan..gitu la sepatutnya bukan lepas t ...
farhani87 replied at 30-9-2021 11:12 PM
Salah tu. X mungkin berlaku di malaysia. Sbb vaksin di malaysia gred AAA.,
JessePinkman replied at 30-9-2021 09:39 PM
Duduk jauh beribu batu, nak komen pulak suruh buat test apa.
Hang tau apa, apa test2 yg doktor ...
ADVERTISEMENT