CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dah Lah Semput Buat Live, Senang-Senang Je Joy Buyer Buat Hal

30-9-2021 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4894| Komen: 19

Perasaan kecewa sememangnya tidak dapat disembunyikan penjual secara dalam talian (online) apabila dipermainkan netizen yang kononnya mahu membeli (lock) tetapi kemudian menghilangkan diri tanpa membuat sebarang bayaran (joy buyer).




Berkongsi pengalaman, Ummu Syifaa' Bahrum, 19, berkata, dia baru memulakan bisnes menjual baju bundle sejak Jun lalu selepas tamat pengajian.

"Saya buat live dua jam, ada dua sesi. Mula-mula saya buat sesi pertama, dah banyak baju yang mereka lock nak beli. Tapi lepas tu senyap je.

"Kemudian saya buat sesi live kedua, tanya kat sesiapa yang ada lock tadi. Mungkin ada yang terlepas pandang, tapi tak ada respons. Tak sangka saya kena joy," katanya kepada mStar.



Lebih mesra disapa Syifaa, katanya, ini bukanlah kali pertama dia dianiaya netizen ketika menjual baju bundle ketika bersiaran langsung secara dalam talian.

"Tapi kali ini saya tak dapat tahan sampai menangis sebab banyak sangat, ada yang lock nak beli baju sampai tujuh helai.

"Dia siap komen baru dapat gaji, nak borong banyak baju. Tapi dia senyap bersama kira-kira tiga orang lagi melibatkan lebih 10 helai baju," ujarnya yang berasal dari Sik, Kedah.



Menurut anak bongsu daripada 12 beradik itu, dia mula berniaga secara dalam talian selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuklah menjual makanan dan kotak hadiah.

"Saya pernah kena scam (ditipu) seperti mereka beri resit transaksi bank palsu masa dah ready nak bungkus dan post barang-barang.

"Tapi saya tak pernah menangis. Cuma kali ini saya tak dapat kawal perasaan sebab penat sangat, rasa semput. Jadi tak boleh live lama-lama," katanya yang menghidap asma.

Syifaa yang baru menamatkan pengajian asasi Undang-Undang Syariah di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) di Nilai, Negeri Sembilan mengakui sedih kerana melakukan reviu barangan tetapi dianiaya segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.



"Reda, cuma terkilan bila joy buyer tu kata nak borong sebab dapat gaji. Kita sama-sama cari rezeki. Kalau tak serius nak beli, tolonglah jangan lock. Tolong jangan menyusahkan seller.

"Saya tak serik dan tetap terus berniaga. Saya orang susah kena cari duit, ayah berusia 65 tahun buat kerja-kerja kampung. Ayah ada di sebelah saya teman masa buat live tu sebab ayah selalu tolong uruskan bisnes bundle.

"Ayah macam nak menangis tengok saya masa tu, dia minta saya bersabar. Sokongan keluarga membuatkan saya terus bersemangat untuk terus berniaga," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote susukambingbest 30-9-2021 10:24 AM
Kesiannya. Moga dikurniakn rezeki yg melimpah ruah buat adik skeluarga. Juga buat smua yg sdg struggle mncari rezeki skrg dkurniakn rezeki yg bnyak n berkat. Moga trus kuat n brsabar dgn dugaan hidup insyaAllah aminn
Quote husna_amal 30-9-2021 10:24 AM
Biasa jadi silent viewers kat shopee live collect coin. Tak baik anaiya seller2 ni dengan bagi harapan palsu lock barang nak beli dan scam diorang ni.
Quote kaoru44 30-9-2021 10:27 AM
Apa pnya prngai la org yg joy ni..
Xda duit ke xnk xpyh la lock..
Ni tak..berebut2 dgn org lain..
Bila dpt dkt dia..xnak byr plak..
Ksian seller kena jual bnda sama bkali2..
Moga2 murah la rezeki adk ni n sesiapa yg mniaga..
Moga2 yg suka mnipu ni dpt balasan stimpal..
Quote kyozsamurai 30-9-2021 10:56 AM
bodoh punya joy buyer...org usaha nak cari duit ko boleh plak pg main2
Quote Kurex 30-9-2021 11:47 AM
Banyak kali jumpa celaka mcm ni..
Quote merrissa 30-9-2021 11:59 AM
Edited by merrissa at 30-9-2021 12:02 PM

xde cara lain ke untuk lock2 ni...

shopee kene buat something la...terus add link utk beli ke..mcm ebay tu..bid bid...terus beli...tp if pembeli 1st x beli...jatuh ke bidder no 2...
so mmg akan ada pembeli...tp if bidder ada dua je...n dua2 xnk beli...itu xleh wat apo la...nk buat cmne

if buyer tu dh byk sgt "bagi harapan palsu", shopee ptt banned je la user tu...padan muka dia
Quote laradelara 30-9-2021 12:07 PM
Kesiannya... Moga dimurahkan rezeki buat smua yg sdg struggle
Quote Supersirap 30-9-2021 12:59 PM
Liku-liku dan cabaran sebagai seorang peniaga, semoga bertabah ya
Quote musangbodoh 30-9-2021 02:04 PM
byk lagi kena blajar dik...sabaq no...

bkn senang nk senang...

Quote LadyCarefree 30-9-2021 05:19 PM
musangbodoh: byk lagi kena blajar dik...sabaq no...bkn senang nk senang...



Exactly.
Niaga biasa pun kdg customer dtg beria nak beli try macam kasut contohnya tp end up xbeli pun. So selagi duit xdpt itu xdikira sales la. Potential sale saja. Belum customer tp prospect saja.
Semua org niaga pun serupa. Insuran. Kereta. Yg terus dpt sales kalau kau jual roti canai tp pon kdg boleh kena tipu juga.
Apa skrng semua sikit2 nak nangis. Pastu nanti seronoklah ada yg minta no akaun. Atau yg kesian dan beli. Tp ni temporary saja. Bukan sustainable sales pon.
Quote heythere123 30-9-2021 05:29 PM
LadyCarefree replied at 30-9-2021 05:19 PM
Exactly.
Niaga biasa pun kdg customer dtg beria nak beli try macam kasut contohnya tp end up  ...

betul, dia kena fikir cara nak buat sustainable sale tu. Cerita sedih je tak boleh.
Quote LadyCarefree 30-9-2021 05:45 PM
heythere123 replied at 30-9-2021 04:29 PM
betul, dia kena fikir cara nak buat sustainable sale tu. Cerita sedih je tak boleh.

Memanglah bangang yg joylock kejadah tu tp kalau xleh buat apa, anggap je part of the process. Bukannya dah post pun baju tu. Jual je  balik.
Some things pun memang kalau dah jual duit dah dapat ada cooling off period. Orang boleh change their mind. You kena bagi balik duit. Apa nak nangis?
Quote heythere123 30-9-2021 05:46 PM
LadyCarefree replied at 30-9-2021 05:45 PM
Memanglah bangang yg joylock kejadah tu tp kalau xleh buat apa, anggap je part of the process. Buk ...

itulah, nak meniaga kena ada ilmu & mentaliti kental.
Quote nakkomenjugak 30-9-2021 10:25 PM
Iol nyampah kalau bab lock2 ni
Mungkin iol bukan jenis sabar kot haha
Iol sekadar tunjuk pastu ko cari laa sendiri baju tu kat shop
Sebab tu lerr iol tak boleh buat bisnes
Hati tak keras macam roy
Quote trexxxxxi 1-10-2021 09:46 AM
Ai suka masuk view collect coins Sopipi
Pahtu dah alang2 tu rate sikit la love ke komen ke, penat seller bazir air liur, masa tenaga semua kan
Quote renko 1-10-2021 11:31 AM
ahhhhh malas nak kesian2
niaga sebab harap kesian ni
memang xkan ke mana
asik nk menyedih je xsudah
Quote downiey 1-10-2021 05:12 PM
bertabahla sis
Quote haznor 7-10-2021 09:15 PM
Org jiwa kental je yg boleh bisnes, dik. Mmg gitu la adatnya.
Quote wallflower 8-10-2021 12:00 AM
Tak suka beli cara lock2 ni. Sbb takleh pikir betul2. Disebabkan taknak bagi harapan pelesu dkt seller, aku beli lah jua brg yg dah dilock. Sampai2 terus buang sbb takleh pakai.

Jual baju bundle seller kena nilai sendiri tergamak ke tidak nk pakai baju tu. Tahulah preloved tapi tu bukan alasan nak jual 'sampah'.

Aku suka je support seller vintage, lagi2 yg baru nk bertapak viewer kurang 20 org.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.132532 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top