CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Filem & Drama Lihat artikel

Dialog Baku Gerak Khas Jadi Bahan Lawak

30-9-2021 09:06 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 1860| Komen: 11|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Saat belum wujudnya kecanggihan teknologi Internet sehingga ada penstriman jalur lebar seperti sekarang, peminat hiburan terhibur menyaksikan siri kepolisan gerak khas arahan Datuk Yusof Haslam.



Saat belum wujudnya kecanggihan teknologi Internet sehingga ada penstriman jalur lebar seperti sekarang, peminat hiburan terhibur menyaksikan siri kepolisan gerak khas arahan Datuk Yusof Haslam.

Biarpun didakwa skripnya menggunakan ayat baku serta tidak real, namun inilah yang menjadi identiti drama bersiri ini.

Malahan, ramai juga yang menghafal dialog yang dituturkan watak dan ianya membuatkan netizen terhibur.



Foto : Twitter

Bagi netizen, ianya adalah hiburan di kala mereka masih bersekolah atau pun ketika masa muda. Jadi, ianya mengimbas kembali kenangan.




Foto : FB


Biarpun sudah tamat tetapi Yusoff turut memberi klu bahawa jenama Gerak Khas masih relevan, netizen turut mencadangkan agar diubah sedikit konsep seperti ada polis baik dan polis jahat demi memberi warna pada drama ini.

Apa kenangan anda dengan Gerak Khas? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 30-9-2021 09:36 AM
"Biasalah Linggam, kita sebagai anggota Polis kena selalu berhati-hati" ujar Inspektor Lim
Quote missyL 30-9-2021 10:11 AM
Hahahah.
Gerak khas mmg lawak..

Dulu2 layan jgk mase bdk2 mane de byk cite mcm lani..
Pelakon extra pusing2 je.
Minggu ni jadi jahat..
Minggu dpn jadi mangsa plak hahahah
Quote Rockafella 30-9-2021 10:11 AM
Penggunaan bahasa baku nampak kelakar. Tetapi secara tidak langsung memberitahu cara menggunakan Bahasa Melayu dengan betul berbanding sekarang yang kebanyakannya bahasa melayu santai. Kesannya tak ketara, tetapi ada.
Quote nakkomenjugak 30-9-2021 10:38 AM
Hahahhaha
Netijennnnn bab menganjenggggg
Quote Nnasda53 30-9-2021 10:53 AM
Dulu2 ada juga tgk citer ni.
Quote sambaldurian 30-9-2021 01:17 PM
klu tgk citer korea, polis dorg asyik mencarut je. dok sepak2 pegawai2 bawahan pulak tu.x pun file keras dok tunjal kepala 'yg tgh disoal siasat'.
Quote Belibis 30-9-2021 03:59 PM
sambaldurian: klu tgk citer korea, polis dorg asyik mencarut je. dok sepak2 pegawai2 bawahan pulak tu.x pun file keras dok tunjal kepala 'yg tgh disoal siasat'.

GK simpan rapi sisi gelap dalam kepulisan..semuanya indah2 belaka.ada satu episod dulu....insp aliza bawa balik anak saspek jenayah untuk dijaga,sebab bapaknya kena tangkap..baik teramat.
Quote orangbiasaje 1-10-2021 12:26 AM
Rockafella: Penggunaan bahasa baku nampak kelakar. Tetapi secara tidak langsung memberitahu cara menggunakan Bahasa Melayu dengan betul berbanding sekarang yang k ...


Setuju. Barangkali bakal menjadi satu media rujukan sejarah Bahasa Melayu baku, selain puisi-puisi.
Quote eragon 12-10-2021 04:47 PM
sampai hafal dialog. betapa ramainya netizen menonton rancangan ni.

bagus mazlan. pastikan anggota kita sentiasa memantau aktiviti mereka. pastikan misi kita kali ini berjaya. saya mahu kamu dan aliza mengetuai misi ini.

baik tuan.
Quote eragon 12-10-2021 04:48 PM
lenggok/nada percakapan tuan helmi (yusof haslam) tu yang mahal.
Quote cik_sssara 14-10-2021 01:30 PM
Eloklah ada jugak filem/drama yang martabatkan bahasa seperti cerita melayu dulu2.

Lihat semua komen(11)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-12-2021 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.075718 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top