CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Khidmat Khas Bomba Dan APM Keluarkan Kerbau Terbalik Dalam Longkang

30-9-2021 09:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2410| Komen: 7

Description: Seramai empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) menjalankan khidmat khas mengeluarkan seekor kerbau dari dalam longkang dalam kejadian di Kampung Bukit ...
Seramai empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) menjalankan khidmat khas mengeluarkan seekor kerbau dari dalam longkang dalam kejadian di Kampung Bukit Tempurung, Gunung Pasir, Kuala Pilah, semalam.



Empat anggota bomba dan APM melakukan khidmat khas mengeluarkan seekor kerbau yang terbalik di dalam longkang dalam kejadian di Kampung Bukit Tempurung, Gunung Pasir, Kuala Pilah pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti, Mohd Sharif Ahmad, pihaknya tiba di lokasi jam 7.46 pagi selepas mendapat panggilan daripada orang awam.

“Kami mengambil masa 15 minit bagi mengeluarkan kerbau bersaiz besar berkenaan menggunakan tali. Kejadian khidmat khas menyelamatkan kerbau seperti ini pertama kali berlaku untuk tahun ini.

“Sebaik berjaya ditarik keluar, kerbau berkenaan melarikan diri dan operasi selesai dengan jayanya,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Sumber: Utusan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maharani_gebu 30-9-2021 10:10 AM
jahat kerbau tu... main larik jer... lenkali ucaplah tima kaseh dulu.....

anyway tahniah kepada rakyat malaysia yg prihatin....
Quote Nurul8001 30-9-2021 10:13 AM
maharani_gebu replied at 30-9-2021 10:10 AM
jahat kerbau tu... main larik jer... lenkali ucaplah tima kaseh dulu.....

anyway tahniah kepad ...

Agaknya dia takut kena sembelih. Mungkin pernah ada pengalaman tengok kawan2 beliau kena sembelih depan mata.

Gajah lebih bijak dan beradab. Kalau dah diselamatkan, dia akan gosok2 kepala dan hidung, ehh belalai.
Quote KamikuP 30-9-2021 10:25 AM
Kesainya la hai
Quote kakikuDibibirmu 30-9-2021 12:20 PM
Wah, kah, kah, kah! Tak tahu nak gelak ke nak ketawa
Quote sambaldurian 30-9-2021 01:27 PM
sape nk jumpa kelainan dlm kerjaya, bolehla apply keje bomba.api,accident,kucing,ular,lemas,buaya,kerbau,penxs cincin, cincin sangkut kt jari xleh bukak2, lif sangkut, anak terkunci, org mengamuk, tanah runtuh,sanitize, renjatan elektrik, tlg usung overweight kt flat, tlg angkat org pengsan yg mendaki. mcm2.{:love
Quote edayildiz 30-9-2021 01:29 PM
eh kerbau ni kacang lupakan kulit bethol..lari terus..takde ucap terima kasih ke apa
Quote Artemesiaa 30-9-2021 02:02 PM
Nasib ada abam bomba datang membantu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.064127 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top