Gara-gara kentut, hubungan cinta sepasang kekasih muda di Indonesia putus di tengah jalan apabila si teman wanita tidak boleh menerima gurauan kekasihnya, lapor Suara.com. Menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun TikTok @jomblohappy20, sepasang kekasih dilihat sedang bertengkar di dalam sebuah bilik.
Difahamkan, mereka berdua berbalah apabila lelaki berkenaan memilih untuk melepaskan kentut di hadapan teman wanitanya sebagai gurauan. Ternyata perbuatannya itu tidak dapat diterima oleh wanita tersebut, lalu meminta hubungan mereka diputuskan serta-merta. Bagaimanapun, permintaan untuk memutuskan hubungan itu tidak dilayan lelaki berkenaan, sebaliknya dia terus mengusik kekasihnya. “Kenapa perlu bersikap biadap dan kentut di hadapan saya? Saya tidak sangka perangai anda sangat buruk dan kurang adab,” kedengaran kata-kata wanita itu dalam video tersebut.
Situasi video itu mengundang tawa netizen yang menganggap ia antara punca perpisahan paling merepek pernah didengari. Sumber: Kosmo |
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
18-4-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.187255 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.