CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lepas Haramkan Penampilan Artis Feminin, China Arah Terbit Kartun Sopan Pula

27-9-2021 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2472| Komen: 7

Pemerintah China akan menggalakkan penghasilan kartun online lebih sopan dan mesra pengguna bagi membanteras isu keganasan serta pornografi.

Daily Mail melaporkan, gerakan yang akan dilaksanakan badan kawal selia penyiaran pemerintah itu merupakan antara beberapa mandat baharu diperkenalkan dalam usaha membawa industri hiburan ke peringkat lebih tinggi.


Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional dalam satu kenyataan memaklumkan, kanak-kanak dan orang dewasa adalah penonton utama siri kartun, maka ia perlu ditapis dengan teliti.


Kredit foto: CNBC

Agensi berkelayakan perlu menyiarkan  kandungan yang memperlihatkan tentang kebenaran, menyebar kebaikan dan mempromosi hal-hal bersesuaian sahaja.

China juga meningkatkan usaha membersihkan industri hiburannya sejak beberapa bulan lalu  dengan mengambil tindakan atas pemujaan selebriti berlebihan di platform online.


Pentadbiran Parti Komunis itu juga menjanjikan hukuman lebih keras bagi artis yang didapati terlibat dalam tingkah laku haram atau tidak beretika.

Awal bulan ini, negara itu melarang kemunculan lelaki transgender di stesen penyiaran televisyen tempatan dan menuntut program hiburan berhenti mempromosikan bintang internet.

Ini kerana kebanyakan pelakon dan bintang pop China dikatakan semakin berani meniru penampilan lebih feminin seperti artis Korea Selatan dan menimbulkan kebimbangan mengenai pengaruh ‘kuasa lembut’  di negara itu.


Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 27-9-2021 11:18 AM
Say no to Taliban kata pemimpin DAP
Quote PeNaMeRaH 27-9-2021 12:28 PM
setuju... komik china aduhai... nak tesembul buah dada pakaiannya.. pakaian lelaki elok pulak
Quote KamikuP 27-9-2021 03:22 PM
Bagus ini saya sokong
Quote sukacactus 27-9-2021 03:26 PM
Yg liziqi pun hilang apahal pulak?
Dah lama xde video terbaru dia
Quote imanjannah 27-9-2021 04:30 PM
sukacactus replied at 27-9-2021 03:26 PM
Yg liziqi pun hilang apahal pulak?
Dah lama xde video terbaru dia

itu la.. betul ke berita tu, sedih betul klu disekat
Quote nakkomenjugak 28-9-2021 02:25 AM
Kalau da lelaki terlalu feminin, memang naya

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.125169 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top