CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1759|Reply: 7

[Dunia] Lepas Haramkan Penampilan Artis Feminin, China Arah Terbit Kartun Sopan Pula

[Copy link]
Post time 27-9-2021 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-MAL at 27-9-2021 11:02 AM

Pemerintah China akan menggalakkan penghasilan kartun online lebih sopan dan mesra pengguna bagi membanteras isu keganasan serta pornografi.


Daily Mail melaporkan, gerakan yang akan dilaksanakan badan kawal selia penyiaran pemerintah itu merupakan antara beberapa mandat baharu diperkenalkan dalam usaha membawa industri hiburan ke peringkat lebih tinggi.


Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional dalam satu kenyataan memaklumkan, kanak-kanak dan orang dewasa adalah penonton utama siri kartun, maka ia perlu ditapis dengan teliti.




Kredit foto: CNBC




Agensi berkelayakan perlu menyiarkan  kandungan yang memperlihatkan tentang kebenaran, menyebar kebaikan dan mempromosi hal-hal bersesuaian sahaja.


China juga meningkatkan usaha membersihkan industri hiburannya sejak beberapa bulan lalu  dengan mengambil tindakan atas pemujaan selebriti berlebihan di platform online.


Pentadbiran Parti Komunis itu juga menjanjikan hukuman lebih keras bagi artis yang didapati terlibat dalam tingkah laku haram atau tidak beretika.


Awal bulan ini, negara itu melarang kemunculan lelaki transgender di stesen penyiaran televisyen tempatan dan menuntut program hiburan berhenti mempromosikan bintang internet.


Ini kerana kebanyakan pelakon dan bintang pop China dikatakan semakin berani meniru penampilan lebih feminin seperti artis Korea Selatan dan menimbulkan kebimbangan mengenai pengaruh ‘kuasa lembut’  di negara itu.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2021 11:13 AM | Show all posts
bila majority lembut penduduk dunia tak adalah tentera. tak adalah perang
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Say no to Taliban kata pemimpin DAP
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
setuju... komik china aduhai... nak tesembul buah dada pakaiannya.. pakaian lelaki elok pulak
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 03:22 PM | Show all posts
Bagus ini saya sokong
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg liziqi pun hilang apahal pulak?
Dah lama xde video terbaru dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2021 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 27-9-2021 03:26 PM
Yg liziqi pun hilang apahal pulak?
Dah lama xde video terbaru dia

itu la.. betul ke berita tu, sedih betul klu disekat
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau da lelaki terlalu feminin, memang naya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.505980 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list