CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Balik Rumah, Rupanya Warga Emas PUS Covid-19 Lemas Dalam Parit

27-9-2021 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2711| Komen: 4

Description: Wanita warga emas ditemukan lemas dalam parit di Kampung Parit Bentong, Jalan Parit Jalil, Tongkang Pechah.
Wanita warga emas ditemukan lemas dalam parit di Kampung Parit Bentong, Jalan Parit Jalil, Tongkang Pechah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram Timbalan Penguasa Bomba II Firdaus Ahmad berkata, mangsa berusia 73 tahun itu ditemu di dalam parit sedalam 1.5 meter pada 11.54 pagi, semalam.



Anggota bomba mengangkat wanita yang ditemukan lemas dalam parit di Kampung Parit Bentong, Jalan Parit Jalil, Tongkang Pechah di Batu Pahat, hari ini. Foto Ihsan JBPM

"Dipercayai, keluarga mangsa menyedari mangsa tidak pulang ke rumah sejak semalam.

"Orang ramai kemudian berusaha mencarinya hingga penemuan mayat mangsa di dalam parit berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, bomba mengangkat mayat mangsa dalam tempoh lima minit dan operasi tamat pada 12.39 tengah hari

Anggota dilaporkan memakai pakaian perlindungan diri selepas mengetahui mangsa merupakan pesakit dalam pemantauan (PUS) Covid-19.


Katanya, mayat itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 27-9-2021 03:19 PM
Kesiannya dah ajal mcm tu
Quote nakkomenjugak 28-9-2021 02:27 AM
Takziah diucapkan...
Quote None68 28-9-2021 04:43 AM
Aduhai kesiannya
Quote cap_ayam 28-9-2021 05:56 AM
takziah kepada keluarga warga emas ni. simpati juga pada bomba.. dengan berpakaian begitu kena masuk parit. mencabar betul.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.261113 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top