CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemimpin Tertentu Saja Ada 'Escort'

17-9-2021 02:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4348| Komen: 19

Bukan semua menteri dan timbalan menteri diberikan perkhidmatan pengiring oleh polis, tetapi hanya sesetengah sahaja yang menikmati keistimewaan itu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali berkata, polis menghantar pasukan khas untuk melindungi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, empat menteri kanan dan Menteri Dalam Negeri.


“Selain itu, sebagai pemimpin tertinggi Polis Diraja Malaysia, Ketua Polis Negara juga diberikan perkhidmatan ini.

“Untuk Timbalan Ketua Polis Negara pula, ia bergantung kepada keadaan,” katanya.


Gambar hiasan/Sinar Harian

Beliau berkata demikian kepada Sinchew Daily ketika mengulas khabar angin bahawa semua menteri dan timbalan menteri di bawah kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberikan perkhidmatan pengiring oleh polis.

Desas-desus itu bagaimanapun dinafikan Hazani yang memberitahu bahawa hanya pemimpin tertentu menerima escort polis.

“Sebelum ini, polis hanya melakukan escort untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara.

“Tetapi selepas kerajaan terdahulu menambah empat jawatan menteri kanan, kami juga menambah pegawai untuk melakukan escort untuk mereka,” katanya.

Menurutnya, selain itu, polis juga menyediakan escort untuk pemimpin luar negara yang melawat Malaysia dan juga kerabat diraja.

“Untuk keselamatan Menteri Pertahanan pula, tanggungjawab ini diberikan kepada Angkatan Tentera Malaysia,” jelasnya. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 17-9-2021 02:46 PM
ni bkhidmat utk rakyat ke rakyat bkhidmat utk dia??

boris jonson tu elok je kaka tgk keja train segala...mcm rakyat biasa...

apesal mendewakan pm sgt org kita ni? keje teruk tp nk escort2!

wakluuu
Quote haruslah 17-9-2021 02:58 PM
Alaaaaa
Mcm xtau jer
Jusa c pun ade pegawai khas....ape tah lg muntri
Quote mclaren 17-9-2021 03:00 PM
Normabaru replied at 17-9-2021 02:46 PM
ni bkhidmat utk rakyat ke rakyat bkhidmat utk dia??

boris jonson tu elok je kaka tgk keja train s ...

Sokong statement kakak
Quote Normabaru 17-9-2021 03:02 PM

mentaliti pemimpin dtg nk sambut meriah segala ni xde tpakai di zaman khalifah mahupun di negara maju yang mcm jepun uk usa sume..urusan rasmi yg penting je dorg escort tu pon bkn hari2..
Quote mclaren 17-9-2021 03:06 PM
Cukup menyampah bila kita kena ke tepi siap kena berhenti kereta tengking dengan polis untuk bagi laluan kst VVIP.

Kaya sangat naik heli lah woi. Rasa nak menyumpah je.
Quote kakikuDibibirmu 17-9-2021 03:06 PM
Akak lagi suka gay escort
Quote krustykrab 17-9-2021 03:16 PM
mclaren replied at 17-9-2021 03:06 PM
Cukup menyampah bila kita kena ke tepi siap kena berhenti kereta tengking dengan polis untuk bagi la ...

Kan...kuangjag sgt mcm la kita rakyta ni hina sgt...
Quote Firenzza 17-9-2021 03:18 PM
Normabaru replied at 17-9-2021 02:46 PM
ni bkhidmat utk rakyat ke rakyat bkhidmat utk dia??

boris jonson tu elok je kaka tgk keja train s ...

DNA melayu sembah pokok sblm datangnya islam x blh hilang sis
Quote Firenzza 17-9-2021 03:20 PM
Sbb tu x pelik nak solat jumaat pun ada kuota vvvip
Quote slyfynx 17-9-2021 03:21 PM
Kuingat escort girl tadi
Quote Acikgomen 17-9-2021 04:00 PM
Menteri bamkhai takde escort yach
Quote kaseh80 17-9-2021 04:08 PM
Bolehland
Quote pxlbb 17-9-2021 05:19 PM
Kita ni time mati jela kot ada escort ke kubur.
Quote becir 17-9-2021 05:54 PM
Orang Meno jadi pm gitula..selagi boleh 100 pengiring ngikut gi memana cam crook ceta Tamil
Quote M5 17-9-2021 05:59 PM
Firenzza replied at 17-9-2021 03:18 PM
DNA melayu sembah pokok sblm datangnya islam x blh hilang sis

Ummah lebih aman semasa era melayu sembah pokok, semenjak kena candu pak ereb, pelan lama pelan parak mengalahkan unta padang pasir jadinya
Quote nakkomenjugak 18-9-2021 03:41 AM
sampai bila benda2 escort ni nak stop
Quote dua_chzy 18-9-2021 10:41 PM
Edited by dua_chzy at 18-9-2021 10:45 PM
mclaren replied at 17-9-2021 03:06 PM
Cukup menyampah bila kita kena ke tepi siap kena berhenti kereta tengking dengan polis untuk bagi la ...


Bertahun2 dulu, Ustaz Saad kat daerah aiol pernah tengking balik polis bila heol dihalang huntok pegi semayang Jumaat kerana laluan ditutup huntok sambut VIP sapa ntah. Lupa dah. Dia teriak polis tu, "kau mo takut sama manusia ka, takut sama Allah?!" Terdiam polis tu. Tapi tetap takleh guna laluan. Memang hari tu ramai mengamuk di daerah ai karna jammed teruk termasuk ai.

Hapdet:

Baru ingat. Laluan ditutup untuk Najib semasa heol masih PM. Wakakakaka.
Quote fefeeling 18-9-2021 10:46 PM
pxlbb replied at 17-9-2021 05:19 PM
Kita ni time mati jela kot ada escort ke kubur.

Mati kena kobid baru ada escort.. mati non kobid rombongan beshe je cam nak oegi open house seisi keluarga.
Quote mawardia 7-10-2021 09:25 PM
So free meh?
Yiiihhhh

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.041384 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top