Pertahanan Chelsea, Reece James kehilangan barang berharga iaitu pingat kejuaraan Liga Juara-Juara dan Euro 2020 apabila kediamannya dipecah masuk. Kejadian itu berlaku ketika James berada Stamford Bridge bagi menghadapi aksi Liga Juara-Juara menentang kelab Rusia, Zenit St Petersburg, lapor Mirror.
“Selepas pulang dari aksi Liga Juara-Juara, saya dapati perompak memasuki rumah saya. Mereka mengangkat peti besi yang mengandungi barang peribadi saya ke dalam kereta. “Saya tidak simpan barang kemas dalam rumah, jadi apa yang berada dalam peti besi adalah pingat Liga Juara-Juara, pingat Piala Super dan pingat naib juara Euro 2020," kata pemain 21 tahun itu menerusi laman sosial Instagram miliknya. James memainkan peranan besar ketika membantu The Blues muncul juara Liga Juara-Juara malah turut membantu skuad kebangsaan England layak ke final Euro 2020.
James menyeru kepada semua penyokong Chelsea dan England dapat membantunya mengenal pasti individu terbabit.
|
ADVERTISEMENT