"Saya berada dalam pengawasan keselamatan selama 24 jam sehari sejak tiba di Kuala Lumpur." Caprice menerusi Instastory meluahkan rasa serabutnya apabila menerima banyak ugutan bunuh sejak pulang dari Mesir pada 6 September lalu. Sehingga kini, penyanyi rap itu mendedahkan menerima lebih 60 ugutan bunuh dalam masa dua bulan. Caprice atau Ariz Ramli, 33, menegaskan dia tidak akan berdiam diri apabila berterusan menerima ugutan sedemikian. "Penat juga bro kalau kena buka balik IG, cari ugutan masing-masing," katanya menjawab saranan seorang pengikut yang meminta dia membuat laporan polis. Katanya, dia hanya mahu memberi tumpuan pada bisnes, keluarga misi dan menyelesaikan pelbagai isu bersama pihak polis sebaik tamat kuarantin. Terdahulu, Caprice mendedahkan menerima ugutan yang menghalangnya daripada datang ke Pulau Pinang. Takut tak jumpa jalan balik kata individu terbabit. Semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku kepada Caprice kerana banyak misi yang belum selesai. - CARI
|
trexxxxxi: Kesian piuk noxxa kesayangan meolJangan sedih tau Kita baik ramai shayang
pxlbb replied at 15-9-2021 10:40 AM
Umur nak masuk 40 tak tenang lagi gaduh mcm budak sekolah mamat ni. Tlg la sesiapa sini amek buat la ...
ADVERTISEMENT