CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kenapa Beg Terbaru Balenciaga Dikaitkan Dengan Rantau Panjang?

14-9-2021 11:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6961| Komen: 21

Description: Salah satu beg terbaru Balenciaga menjadi topik hangat di media sosial apabila model beg itu menerima banyak komen yang tidak menyenangkan dari netizen. Apa yang tak kena?
Salah satu beg terbaru Balenciaga menjadi topik hangat di media sosial apabila model beg itu menerima banyak komen yang tidak menyenangkan dari netizen. Apa yang tak kena?


Seperti dilaporkan Daily Mail, produk terbaru yang menjadi tumpuan adalah beg membeli-belah The Barbes Large East-West yang dijual pada harga USD 2,090 (kira-kira RM 8,674) di laman web rasmi Balenciaga.


Kredit foto: Dailymail

Jenama dari Sepanyol ini menggambarkan produk mereka sebagai beg membeli-belah diperbuat daripada kulit lembu dan mempunyai logo “Balenciaga” di bahagian depan.

Beg belanja ini juga dilengkapi dengan dua pemegang atas, tali yang boleh dilepas serta poket dalam. 

Difahamkan, beg 100 peratus kulit ini dibuat di Itali dengan lapisan kanvas kapas organik.

Foto beg harga mahal ini tular di Twitter dan menjadi bahan ejekan sebilangan netizen yang menggelarnya serupa dengan beg lama yang digunakan ‘mak-mak’ mereka.

Ada juga netizen yang mengejek beg itu menyerupai beg murah yang selalu dibawa ke dobi.

Malah, ada yang mengaitkannya dengan beg belanja yang sering digunakan di Rantau Panjang, Kelantan.





Sementara itu, ini bukan kali pertama produk Balenciaga mendapat reaksi seperti ini. 

Beberapa waktu lalu, netizen teruja untuk menonjolkan jaket Balenciaga bernilai RM16 ribu, yang kelihatan seperti baju seragam pengutip sampah.


Kredit foto: Dailymail


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 15-9-2021 12:32 AM
Balanciaga kalau design tak sensasi mmg tak sah
Quote kaedahnya 15-9-2021 12:54 AM
entahla kengkadang rasa macam brand ni macam mock golongan tak kaya pun ada
Quote edayildiz 15-9-2021 02:03 AM
It's kinda ugly
Quote nakkomenjugak 15-9-2021 02:18 AM
hahaha demi brand, ada yang sanggup beli punya
Quote pxlbb 15-9-2021 10:38 AM
kaedahnya: entahla kengkadang rasa macam brand ni macam mock golongan tak kaya pun ada


Aku pulak rasa dia gunakan kebodohan ongkaye. Mesti designer tu lepak-lepak rantau panjang cari mangkuk tingkat pastu nampak beg ni pastu dia fikir “bagus idea aku nak nganjing ongkaye lagi” kebulorrrr nak tepek brand. Yihhhh
Quote Zeatyisaac 16-9-2021 07:31 AM
Street design as their inspiration. Maklumlah orang kaya2 tak pernah tengok barang2 Rantau Panjang. So, they took that as their inspiration, no harm though. Design sama, kualiti berbeza.

Cuma, janganlah bawak balik kampung, nanti kena gelak je.....hehehehe.
Quote Megikari 16-9-2021 11:30 AM
Mak aku panggil beg ni beg cina mainland {:run
Quote esbok 16-9-2021 03:01 PM
Design gini kalau dapat patent. Kene pulak brand besor gini replicate.
Quote Artemesiaa 16-9-2021 05:00 PM
Macam bag emergency bila acik2 terlebih soping tak muat nak sumbat dalam bag yang dibawa.  
Quote missus_meow 16-9-2021 05:24 PM
demi brand ...
Quote mijot 16-9-2021 09:55 PM
beg shopping kalau tak bawa beg xtra dr mesia
Quote dani-rox 17-9-2021 12:27 AM
bukan Balenciaga memang suka rekaan yg diinspirasikan drpd beg2 marhaen Asia





dulu pernah keluarkan beg toto Narita





Quote purplelilac 17-9-2021 12:47 AM
Ni beg kat uma nenek aku ni dia sumbat baju lama semua dlm tu. Beli kat kedai lorong RM8. Corak hampir sama
Quote evlinne 17-9-2021 08:31 AM
Hahahaha mmg brand ni suka mock taste orka khuen
Padahal barang2 dia semua hasil ciplak barang b40 punya
Quote Guccibamboo 17-9-2021 11:00 PM
Bedok amat
Quote cheeseball 18-9-2021 05:49 AM
merepek design balenciaga nih..more to acik kepam punya style
Quote OyaTonggek 18-9-2021 10:51 AM
mesti ada ummah yg beli balenciaga inspirasi beg acik Rantau Panjang ni..yg fentinggg brand
Quote gideoncross 19-9-2021 01:52 AM

Trgelak iol mlm2 buta ni bca komen uol hahahaha, pstu username uol plak Gucci hahahaha.
Quote gideoncross 19-9-2021 01:53 AM
purplelilac replied at 17-9-2021 12:47 AM
Ni beg kat uma nenek aku ni dia sumbat baju lama semua dlm tu. Beli kat kedai lorong RM8. Corak hamp ...

Hahahahaha, mmpus kring iol trgelak sorg2 bca komen uol ni hahahaha.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.062897 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top