CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bimbang Penyakit Ain.. Nazrief Nazri Ikut Cakap Orang Tua-Tua, Tak Kongsi Wajah Dan Nama Anak

15-9-2021 07:41 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 5446| Komen: 24

Description: Pelakon Nazrief Nazri yang menimang cahaya mata sulung pada 19 Julai lalu masih belum bersedia berkongsi nama penuh dan wajah anaknya untuk tatapan peminat.



Pelakon Nazrief Nazri yang menimang cahaya mata sulung pada 19 Julai lalu masih belum bersedia berkongsi nama penuh dan wajah anaknya untuk tatapan peminat.

Menurut Nazrief, nama anak lelakinya yang sudah memasuki umur dua bulan itu baru saja didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Sudah dua bulan isteri bersalin..saya pun baru selesai mendaftarkan nama anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Buat masa ini kami hanya kongsi nicname anak iaitu Noah A.

"Orang pun tak tahu nama penuh anak kami...cukuplah kami panggil sebagai baby Noah di laman sosial.

"Sebenarnya saya dengan isteri adalah orang yang sangat menjaga privasi tapi kita sedar sebagai public figure, ada beberapa perkara kita kena kongsi juga dengan pengikut," katanya kepada mStar.




Bukan sengaja ingin merahsiakan nama anaknya, Nazrief memberitahu dia merahsiakan nama penuh anak kerana mahu mengelakkan daripada terjadinya penyakit ain.

"Sebenarnya keluarga tak bagi dedah nama penuh anak sebab takut macam-macam orang boleh buat (benda tak baik).

"Salah satu sebab kami nak elakkan penyakit ain dan perkara-perkara tak elok dekat baby.

"Itulah sebabnya kami guna nama nickname dekat baby, bukan saja-saja nak rahsia nama tau!" ujarnya.

Untuk info, penyakit ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh.

Nazrief dan model, Aizatul Aqma Hamdan mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019 di The Seavoy House, Titiwangsa. - CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imanjannah 15-9-2021 07:58 AM
alhamdulillah.. tahniah
Quote mohabbatein 15-9-2021 07:58 AM
bibir anak dia comel macam perempuan pulak
Quote cmf_premierleag 15-9-2021 08:12 AM
ada ke org nk dengki dgn model spender ni yg acah2 mukan mcm fahrin ahmad?
kalo ada, sapo yg benak sgt tu?
Quote dino 15-9-2021 08:21 AM
cmf_premierleag replied at 15-9-2021 08:12 AM
ada ke org nk dengki dgn model spender ni yg acah2 mukan mcm fahrin ahmad?
kalo ada, sapo yg be ...

ko ni komen haha
korg pernah layan cute turkey tak

actually org tua2 pesan, manusia ni mcmc pesen share gambo anak comel pun dengki.. pastu mula anto mcm2
Quote Suchi 15-9-2021 08:27 AM
Tapi dia takdela jaga privasi sgt.
Jaga privasi ni gambar ko pun takde or jarang nak share kat socmed.
Kalau video tiktok pun ada lalu lalang tu takde la privasi sgt.
Quote kaoru44 15-9-2021 08:37 AM
Kblakangan ni byk plak dgr psl kes ain ni..
Xphm jgk..apapun seeloknya bpada2 la kongsi bnda2 peribadi ni..
Quote jajahoney 15-9-2021 08:49 AM
Baru tahu ain tu nama penyakit. Jadi adakah orang yg nama ain bermaksud penyakit jugak?
Quote dudaberhias 15-9-2021 09:01 AM
Penyakit ain yang evil eye sampai acik2 turki takut hingga di sangkutnya mata dajjal dalam rumah tu ke??

Btw sape la nak dengki dengan ko dek, dah la sendu. Yang nak dengki tu pun fikir dua tiga kali.
Quote evlinne 15-9-2021 09:19 AM
Terus bambam ek bininya, pdhl time jadi freelance model kurusss
Quote pxlbb 15-9-2021 10:34 AM
Tekejut iols ingatkan pismidon dpt anak chuols
Quote pxlbb 15-9-2021 10:35 AM
jajahoney: Baru tahu ain tu nama penyakit. Jadi adakah orang yg nama ain bermaksud penyakit jugak?


Ejaan lain kot. Ain = mata. So penyakit ain ni mungkin ada berkenaan dgn pandangan mata la. Cer sesiapa pandai arob tlg explainsss
Quote rosmahisham 15-9-2021 01:10 PM
Mcm comel je ank nye..
Quote jajahoney 15-9-2021 02:27 PM
cmf_premierleag: ada ke org nk dengki dgn model spender ni yg acah2 mukan mcm fahrin ahmad?kalo ada, sapo yg benak sgt tu?


Siapa yg model spender chuoul?
Quote JalaEmas 15-9-2021 02:39 PM
jajahoney replied at 15-9-2021 08:49 AM
Baru tahu ain tu nama penyakit. Jadi adakah orang yg nama ain bermaksud penyakit jugak?

ain tu maksudnye mata.... ustaz pggil penyakit ain, mkssnye pandangan mata org2 terntntu yg dlm hati die penuh hasad.. diterjemahkn ke mata die.. tp aku pernah gak dgr ustaz ckp.. penyakit ain ni boleh jd jgk bile kite terlalu memuji, mksdnye.. baby yg comel2 tu kite tgk smpai terujaa, baby tu boleh jth sakit.. sebolehnye.. bila tgk baby yg omey2 sebut subhanallah, puji yg di atas sana.. indah ciptaan Dia
Quote laksmanabentan 15-9-2021 02:39 PM
patutlah syed iqmal tu tak nak up pic dia tengok camera..
sebab takut penyakit ain ni la...
da la syed iqbal tu ramai peminat dikalangan acik2 kannn...
tu yg risau sgt......
Quote KamikuP 15-9-2021 04:27 PM
jajahoney replied at 15-9-2021 02:27 PM
Siapa yg model spender chuoul?

Google le beliaw kalu berani.. euwww gambo spenda mcm letak tisu jahh
Quote joyahPPR 15-9-2021 04:40 PM
laksmanabentan replied at 15-9-2021 02:39 PM
patutlah syed iqmal tu tak nak up pic dia tengok camera..
sebab takut penyakit ain ni la...
da la  ...


apa kena ngena pandang kamera dengan penyakit ain. tak pandang pun tetaplah orang yg tengok pun ada penyakit ain selagi ada rasa dengki dan teruja berlebih?

Quote LadyCarefree 15-9-2021 06:37 PM
Besarnya muka bini dia. Berjuta umat dunia dok sharing ada ke kena penyakit ain edruce?
Quote laksmanabentan 15-9-2021 07:05 PM
joyahPPR replied at 15-9-2021 04:40 PM
apa kena ngena pandang kamera dengan penyakit ain. tak pandang pun tetaplah orang yg tengok pun  ...

oooooo gitu... iollss tak tahu sisss...
hahahhaha.....

iollss ingat kalau dulu2 sekolah masa belajar arab...
ainun = mata...
jumjumaton = tengkorak..

hahahaha...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.263708 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top