Pelakon Marry Me Senorita itu turut memuat naik paparan skrin komen seorang netizen yang melabelkan dirinya sebagai orang sakit mental.
"Janna Nick orang sakit mental...buuu," tulis netizen tersebut.
"Kenyataan sekarang ni, jadi artis saja tak boleh cakap benda yang salah, jadi netizen semua benda boleh cakap, semua benda boleh ulas...kita ni tak payah ada perasaan.
"Kadang-kadang tak faham macam mana boleh ada manusia pergi ke akaun orang, gigih komen benda-benda teruk nak menyakitkan hati orang lain.
"Saya ni pun pengguna sosial media juga tapi tak ada la sampai pergi akaun orang rasa nak komen dan kritik.
"Tak suka abaikan sahaja..bukan untuk netizen saja, semua oranglah! Tolonglah ada sikit sifat kemanusiaan dalam diri korang," kata Janna.
Menurut Janna lagi, kritikan menyatakan seseorang sakit mental bukanlah sesuatu perkara yang lawak.
"Sebab tu aku beritahu masyarakat dulu aku ni ada bipolar, bukan sebab nak perhatian korang tapi sebab nak beritahu...orang yang nampak happy dan tergelak-gelak pun boleh ada mental illness.
"Bukan yang pakai baju compang comping saja mental dan mental illness tak semestinya gila," ujarnya.
Tidak ingin membiarkan kecaman itu terus mengganggu emosinya, Janna memberitahu dia tidak ambil pusing dengan kata-kata negatif yang dilemparkan oleh "malaun" dan akan buat apa saja yang boleh buat dirinya gembira.
"Saya akan buat apa yang boleh buat saya gembira...hidup saya lagi penting dari komen-komen negatif korang tu!
"Post saja apa yang korang nak post, abaikan negatif komen," katanya lagi.
Apa boleh buat Janna, bersabar sajalah dengan kritikan kerana apabila kita memuat naik gambar di media sosial sudah pastinya tak semua orang akan suka dengan apa yang kita suka. - CARI