CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau KJ Tak Keberatan..." - Sarimah Ibrahim

10-9-2021 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6155| Komen: 14

Description: Penyanyi dan pengacara terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim, 43, menyeru Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk menyalurkan mesej lagu Harapan bersempena kempen Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia ke ...
Penyanyi dan pengacara terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim, 43, menyeru Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk menyalurkan mesej lagu Harapan bersempena kempen Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia kepada khalayak.


Menurut Sarimah yang juga penaung Pertubuhan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (Miasa) Malaysia dan selaku Pengasas Bersama dan Duta Kempen #StandForHOPE, lagu itu dilihat mampu menjadi pemangkin harapan, inspirasi dan semangat kepada mereka yang sedang dalam kebuntuan serta permasalahan emosi supaya tidak berputus asa dalam kehidupan.



“Mungkin kalau KJ tidak keberatan untuk mengetengahkan lagu ini sebagai tanda sokongan inisiatif Yayasan ZuriatCare dan Awareness Against Suicide dalam memberi kesedaran kepada rakyat pentingnya prihatin dan bertindak dalam mencegah tingkah laku bunuh diri.

“Tanpa kesihatan mental, tiada kesihatan rakyat dan negara. Kita tidak boleh menafikan bahawa harapan merupakan salah satu elemen penting bagi mereka yang sedang melalui fasa penyembuhan dalam kehidupan.

“Justeru, ambil tahu dan ambil berat tentang perasaan termasuk keadaan emosi rakan-rakan, ahli keluarga serta jiran kita sama-sama dapat membantu sekali gus mencegah terjadinya sesuatu yang akan dikesali dan lebih menyedihkan kelak,” ujarnya.


Kredit foto: IG/Twitter

Sebagai informasi, lagu genre Pop R&B dan muzik video Harapan merupakan hasil ciptaan Damian Mikhail serta duet bersama Sarimah.

Lirik lagu tersebut padat dengan mesej positif dan bertepatan dengan perjuangan berkaitan kempen pencegahan dan hindari bunuh diri iaitu menghapuskan stigma dan memberi sokongan emosi kepada individu yang sedang bertarung dengan masalah kesihatan mental yang menjurus kepada pemikiran dan tingkah laku bunuh diri serta yang telah terkesan akibat kematian insan tersayang yang Meninggal dunia Akibat Bunuh Diri (MABD).


Sumber: Utusan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 10-9-2021 04:32 PM
I've got all my life to live
I've got all my love to give
I will survive
I will survive
Yeah,yeah.....
Quote mclaren 10-9-2021 04:43 PM
Kenapa muka dia macam makin tirus?
Quote edayildiz 10-9-2021 05:01 PM
suka la dia ni dulu masa melodi tny psl raya..masa tu ngn ex laki omputih..dia ckp suka p mkn kuih raya umah org...xingt dh tp kelakar gila...kemana ex laki dia tu eh..dh kawen agaknya
Quote kotakominami 10-9-2021 05:23 PM
Shis gone...out of my life...i am to blame....im so untru...
Quote ezacbee 10-9-2021 05:43 PM
Oh pergilah saja.. Kini kau tiada.. Tak perlu lagi ku merasa deritamu

Quote cantthinkofany 10-9-2021 06:19 PM
dah kurus ke?....muka cekung.....tengok dlm drama Janji Diana mcm petak sikit muka dia....
Quote Kurex 11-9-2021 03:05 AM
Fazli Zainal.......
[attach]590867[/attach]
Quote spankee_fili 11-9-2021 10:08 AM
Uih awat macam makin segak ni?
Quote bedahmenjuyah 11-9-2021 10:16 AM
Tak mungkin. Itu nama gomen dulu
Quote mizzmimi 11-9-2021 11:00 PM
bedahmenjuyah: Tak mungkin. Itu nama gomen dulu



terhibur meols yach sekali KJ kata "jangan harap"
Quote mizzmimi 11-9-2021 11:01 PM
Kurex: Fazli Zainal....... 590867


ni lagi satu..
Quote trexxxxxi 11-9-2021 11:05 PM
Nak ulang komen meol di CI jah

She's not Che Puan
Quote abadi84 12-9-2021 12:14 AM
Suka Sarimh ni wlu mix tp tak heboh nak speaking memanjang. Dia pun menyampah org melayu ckp pelats
Quote bankerpencen 12-9-2021 12:29 AM
Pernah jumpa dia depan2 masa dinner alumni kolej I dulu... cantik orangnya. The husband pun very nice ya. Sempat ambil gambar dengan dia. Tak sombong, cakap pun takde la ajet2 accent tu

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.046189 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top