CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelancong Sanggup Jadi Gelandangan, Nak Jimat Tak Nak Bayar Hotel Mahal

10-9-2021 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5100| Komen: 32

Sekumpulan pelancong di Britain dikatakan berpura-pura menjadi gelandangan supaya boleh memacak khemah di luar kawasan pelancongan kerana enggan membayar kos penginapan hotel, lapor akhbar The Sun semalam.


Mereka cuba mengelak membayar kos penginapan yang tinggi itu ketika berada di pantai Torquay, Devon, England.

Penduduk setempat berasa marah kerana pengunjung tersebut menggunakan kawasan yang sepatutnya digunakan oleh gelandangan hanya semata-mata kerana mahu mengurangkan kos percutian mereka.


Foto: SWNS

Percutian dalam negara meningkat  selepas pandemik, menjadikan kos penginapan di lokasi popular semakin mahal. 

Hujung minggu lalu, sekurang-kurangnya tujuh buah khemah dilihat di kawasan tersebut dengan pelancong memasak makanan menggunakan dapur gas .

“Ini merupakan isu di mana pelancong mendapatkan percutian percuma daripada wang pembayar cukai di Torbay. Ini sesuatu yang tidak boleh diterima,” kata Ketua Perkongsian Komuniti Cockington, Chelston & Livermead, Roger Carter. 

Situasi tersebut bagaimanapun mendapat reaksi positif daripada beberapa penduduk tempatan yang mendakwa ia bukan satu kesalahan.

“Apa salahnya? Pelancong itu bukan datang ke sini untuk membeli rumah kedua. Mungkin mereka tidak sanggup membayar wang kepada tapak perkhemahan yang ‘cekik darah’,” kata seorang penduduk tempatan, Christine Lillicrap. -CARI

Sumber: Kosmo
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 10-9-2021 12:07 PM
Dia nak tulis dan promote bagaimana melancong dengan $30 la tu
Quote Skuau 10-9-2021 12:23 PM
reramai la nanti pacak khemah kat Langkawi...sinun....
Quote auntyonion 10-9-2021 01:38 PM
Cheapskate {:laugh
Quote nononcrux 10-9-2021 01:44 PM
ddk je lah dlm hutan sinun.. korang kan suka aktiviti survive
Quote mesmerize 10-9-2021 02:03 PM
tak selesanya melancong tapi duduk merata2 takde proper accommodation.. dah la jalan2 banyak guna tenaga, berpeluh kepam bagai.. nak jugak la ada tempat berehat bole tido selesa untuk replenish tenaga dan mandi bersihkan diri sebelum mulakan hari baru
Quote ilacantik 10-9-2021 02:23 PM
Pelancong mat saleh ni kalau cheapskate, memang betul2 cheapskate okay. Bekas makanan org tinggal pun dia sanggup.makan atas alasan zero waste, sustainable living ala2 activist giteww....  yg kita ni tengok hangguk-hangguk lah kepala, ooooo activist bawak message untuk dunia.
Quote Friska 10-9-2021 02:28 PM
Ini orang Gipsi atau apa?
Quote NFBZCantik 10-9-2021 05:20 PM
ilacantik replied at 10-9-2021 02:23 PM
Pelancong mat saleh ni kalau cheapskate, memang betul2 cheapskate okay. Bekas makanan org tinggal pu ...

betul2.

aku nyampah betul kalau org yg pergi melancong pastu begging untuk trip dia.
Quote rikiruj 10-9-2021 05:32 PM
lepas tu mengemis mintak duit cakap belum capai target dia nak melancong 100 negara..
Quote exclusive_vvip 10-9-2021 05:57 PM
Mat saleh kepam
Quote damsel_fiji 10-9-2021 06:03 PM
Edited by damsel_fiji at 10-9-2021 06:04 PM

dtg malaysia ntah2 di angkat jadi duta pelancongan ke apa ke mcm kat satu negeri tuh
Quote ninja boy 10-9-2021 06:14 PM
Apahal bayar hotel mahal setakat tidur 6 jam, pasang khemah public toilet ada
Quote edayildiz 10-9-2021 06:23 PM
ni org panggil camping
bestnya camping tepi air terjun ngn kwn..tp dlm hutang byk nyamuk
teringin jer tp mmg idok la nk p camping
Quote shysari 10-9-2021 07:34 PM
Pastu beli brg guna kupon mcm extrem couponing
Quote kitmal9545 10-9-2021 09:12 PM
KIck out saja...kat negara dia takda pun perangai macam ni
Quote sharlenetexas 10-9-2021 09:16 PM
Pprt nya perangai

Quote lurve82 10-9-2021 09:33 PM
Idok la aku nk travel mcm gini…lain la mmg camping tepi laut..itupun aku lg rela cari chalet dr ddk dlm khemah…
Quote nakkomenjugak 10-9-2021 10:28 PM
heyyy lupa ke uols Mat Saleh kan tak suka mandi?
biarlah kepam2 peluh lekit gitu
asalkan ada tempat tido
Quote Rayna90 10-9-2021 11:21 PM
nakkomenjugak replied at 10-9-2021 10:28 PM
heyyy lupa ke uols Mat Saleh kan tak suka mandi?
biarlah kepam2 peluh lekit gitu
asalkan ada tempa ...

Haha betul tu, teringat dekat soalan kawan mat saleh minggu lepas. Dia tanya toddler aku mandi berapa kali? Aku pun jawab la setiap kali dia berak, aku mandikan terus. Tak kuasa nak guna wet wipes, save environment giteww.

Dia terkejut dengar anak aku mandi hari hari

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.052301 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top