CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tukang Urut Maut Diparang Kerana ‘Mencacatkan’ Alat Kelamin Lelaki

30-8-2021 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2499| Komen: 13

Seorang lelaki di Sulawesi Tenggara, Indonesia membunuh tukang urut warga emas selepas menjalani sesi rawatan yang dikatakan telah mengubah fungsi alat kelaminnya, lapor TribunKolaka.

Suspek dikenali sebagai L, 49, pada mulanya meminta mangsa, Dulati (74) datang ke rumahnya untuk menjalani sesi urutan batin sekitar jam 10.30 pagi (waktu tempatan) pada Rabu lalu.


Sebaik selesai sesi rawatan, L mendapati alat kelaminnya mengalami perbezaan dan fungsinya juga seperti sudah berubah.


Mayat mangsa, seorang tukang urut yang diserang menggunakan parang oleh pelanggan yang mendakwa urutannya mencacatkan alat kelamin. - Polis Kolaka

Berang dengan keadaan itu, L menuduh urutan Dulati ‘mencacatkan’ alat kelaminnya yang normal sebelum rawatan.

“Mangsa menafikan bahawa urutannya telah mengubah fungsi alat kelamin L lalu berlakunya pertengkaran antara mereka.


“Suspek hilang kawalan lalu menyerang mangsa menggunakan sebilah parang. Mangsa maut di tempat kejadian dengan kecederaan di bahagian leher,” kata Ketua Bahagian Masyarakat Polis Kolaka, Asisten Inspektor Riswandi.

Suspek kini berada dalam tahanan polis dan berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara 15 tahun jika disabit kesalahan.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AnBulisia 30-8-2021 09:42 AM
berubah fungsi jadi apa?
dari burung yang boleh berterbangan menjadi sloth yang kelembapan ke?
Quote salimrock 30-8-2021 09:59 AM
jd lembik la tu, cam kuih ketayap...  tak boleh penetrasi...
Quote dua_chzy 30-8-2021 10:33 AM
salimrock: jd lembik la tu, cam kuih ketayap...  tak boleh penetrasi...


Weol panggil kuih ketayap tu, kuih lelaki malang.
Quote husna_amal 30-8-2021 10:51 AM
Entah2 memang dah cacat dulu sebelum kena urut batin.
Quote FitzTzif 30-8-2021 11:35 AM
Edited by FitzTzif at 30-8-2021 11:37 AM

suhaimi saad sila ambik perhatian yachh
Quote helicornia 30-8-2021 12:33 PM
aku tunggu sohai  kena parang pulak
Quote nakkomenjugak 30-8-2021 03:50 PM
berubah jadik apa? hidung belatuk yang dulu teguh keras menjadi patah?
sohaiiii awasssss yach
Quote Moyangkucing 30-8-2021 03:53 PM
FitzTzif replied at 30-8-2021 11:35 AM
suhaimi saad sila ambik perhatian yachh

baru je nak kata tadi...
Quote edayildiz 30-8-2021 05:44 PM
jgnla sebut ketayap..i dah la suka kuih ketayap..
berubah fungsi camno la sampai sgup bunuh..mrh sgt tu..so blh agak la
Quote FitzTzif 30-8-2021 05:46 PM
Moyangkucing replied at 30-8-2021 03:53 PM
baru je nak kata tadi...

ingat urut batin ingat ss
ehhh
Quote kelapaparut 30-8-2021 05:47 PM
mesti patah tundun ni..
Quote Samerosie 30-8-2021 06:57 PM
Ingat kan ss rupanya kat indon.  
Quote renko 9-12-2021 08:54 PM
Patut jumpa sohai laksa

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.276408 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top