CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suntik Makanan Di Tiga Pasar Raya Untuk Timbulkan Kegelisahan

27-8-2021 01:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2240| Komen: 9

Description: Polis menahan seorang lelaki disyaki mencemarkan daging dan produk ketuhar gelombang mikro di pasar raya berdekatan Hammersmith dan Fulham.
Polis menahan seorang lelaki disyaki mencemarkan daging dan produk ketuhar gelombang mikro di pasar raya berdekatan Hammersmith dan Fulham.

Polis dihubungi sekitar jam 7.40 malam waktu tempatan kelmarin selepas seorang lelaki melakukan kekacauan dengan menjerit kepada orang awam di jalanan.




Lelaki berkenaan dilaporkan mengunjungi tiga pasar raya di Fulham Palace Road SW6 dan menyuntik produk makanan dengan sejumlah jarum.

Pasar raya yang dikenal pasti termasuk Little Waitrose, Sainsbury's Local dan Tesco Express.

Suspek yang kini di bawah tahanan polis dituduh melakukan ancaman awam dengan niat atau menyebabkan kegelisahan terhadap makanan.



Kesemua pasar raya dan lokasi dipercayai berlaku jenayah berkenaan turut ditutup.

Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuang barangan makanan yang dibeli daripada pasar raya berkenaan pada hari itu.

Bagaimanapun, sehingga kini, jumlah barangan makanan yang tercemar masih belum didedahkan dengan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada terdapat peniaga lain di kawasan berkenaan turut terbabit dalam insiden itu.


Kredit foto: The Sun

Pihak Berkuasa Kesihatan Tempatan turut dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan bekerjasama dengan kesemua pasar raya terbabit. 


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 27-8-2021 01:56 PM
Rindu nak ke sana lagi. Cepatlah boleh fly. Nak stay UK 6 bulan then merayap europe 6 bulan pastu masuk balik duk UK 6 bulan. Yg tak bestnya bila lelama insurans xcover. Kena rely setahun pd travel insurance je.
Quote sfrnna 27-8-2021 02:23 PM
LadyCarefree: Rindu nak ke sana lagi. Cepatlah boleh fly. Nak stay UK 6 bulan then merayap europe 6 bulan pastu masuk balik duk UK 6 bulan. Yg tak bestnya bila lela ...


Weh ini macam kehidupan hanis haizi. Mesti beliau pun berharap benda yg sama dgn chuolss
Quote Adrif 27-8-2021 03:43 PM
LadyCarefree replied at 27-8-2021 01:56 PM
Rindu nak ke sana lagi. Cepatlah boleh fly. Nak stay UK 6 bulan then merayap europe 6 bulan pastu ma ...

can't imagine lifestyle korang camane

kami marhaen kais pagi kais petang ni,
nak ke kedai pun fikir 20 kali.
nak pegi haji pun dah terkubur tengok baki akaun bank.  
Quote nakkomenjugak 27-8-2021 04:14 PM
kebodohan apakah?
Quote TravellingBear 27-8-2021 04:17 PM
@KIM.K perbuatan macam amuk
Quote KIM.K 27-8-2021 04:43 PM

betui dah tu. versi antivacc
Quote Artemesiaa 27-8-2021 06:23 PM
Makin ramai yang mental sekarangn ni
Quote Itzy 27-8-2021 06:53 PM
Adrif: can't imagine lifestyle korang camanekami marhaen kais pagi kais petang ni,nak ke kedai pun fikir 20 kali.nak pegi haji pun dah terkubur tengok baki a ...


Haji hanya untuk berkemampuan, niatlah, inshaAllah dipermudahkan untuk ke haji.
Quote cucutokwan89 28-8-2021 01:33 AM
Mcm2 sungguh la peel diorg ni {:dot

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.047154 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top