CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berkesan Makan Julap Dan Pisang, Berjaya Keluarkan Rantai Emas Bersama Tahi Peragut

25-8-2021 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1686| Komen: 9

Polis di Bengaluru, India berjaya menggunaan teknik luar biasa dengan bantuan doktor untuk mendapatkan kembali rantai emas yang ditelan pencuri setelah cubaannya melarikan diri gagal.


Difahamkan, doktor memberi makan julap dan pisang kepada peragut itu yang menelan rantai emas untuk mengaburi pihak polis.

Insiden dramatik itu berlaku di MT Street berhampiran Pasar KR, Bengaluru, pada Sabtu malam.

Mangsa, Hema, memakai rantai emas seberat lebih 70 gram ketika sekumpulan tiga lelaki mengganggunya kira-kira pukul 8.50 malam.


Foto: mStar Online

Dilaporkan salah seorang suspek bernama Vijay cuba meragut rantai Hema tetapi wanita itu berjaya menahan dengan sebelah tangan walaupun terjatuh setelah diserang oleh lelaki itu.


Walaupun Vijay berjaya mendapatkan rantai emas tersebut, dia tidak dapat melarikan diri berikutan keadaan jalan yang sempit dan sesak.

Dia kemudian bertindak menelan rantai tersebut sebelum dipukul oleh orang ramai.

Polis tidak mengetahui tentang rantai itu sehingga Vijay dibawa ke hospital akibat cedera parah dan pemeriksaan X-ray menunjukkan terdapat objek logam di dalam tubuhnya.

Doktor memberikannya julap serta sejumlah pisang untuk mengeluarkan rantai tersebut, dan akhirnya ia keluar bercampur najis selepas membuang air besar. - CARI

Sumber: India Times

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 25-8-2021 12:05 PM
Koser nak pakai balik. Jual pun susut nilai
Quote Artemesiaa 25-8-2021 12:09 PM
Benda biasa disuruh buat bila ada yang bertindak menelan barang bukti atau barang curi
Quote Whitepinkrider 25-8-2021 12:10 PM
ahaha.. naya kene samak balik sebab kene org lain punya dah.. caitttt
Quote CikYaYaYa 25-8-2021 01:51 PM
Hahaah jenuh laaaaa si pemilik emas tu nak kena samak balik..
Quote edayildiz 25-8-2021 01:54 PM
kt atas tu ada tulis tak peragut tu membuang kat mana? i mean kalau kt toilet..jatuh pulak dlm bowl..benci la thread ni
Quote nakkomenjugak 25-8-2021 02:00 PM
ughhhhhhh...
habis laa kena samak, sterile, sanitizer apa segala lah
Quote spicygirl3 25-8-2021 05:54 PM
Geli la oiiii
Quote insulin 25-8-2021 06:24 PM
edayildiz replied at 25-8-2021 01:54 PM
kt atas tu ada tulis tak peragut tu membuang kat mana? i mean kalau kt toilet..jatuh pulak dlm bowl. ...

Tandas khas yang ada penapis.
Quote edayildiz 25-8-2021 07:38 PM
insulin replied at 25-8-2021 06:24 PM
Tandas khas yang ada penapis.

haha jijik bethol

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.041713 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top