CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bencana Di Kedah Sebab Tulah Makam Tok Sheikh?

23-8-2021 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4616| Komen: 23

Umat Islam di negara ini dinasihatkan tidak membuat andaian atau spekulasi kononnya bencana buruk menimpa Kedah baru-baru ini disebabkan ‘kemarahan’ Tok Sheikh.

Sebaliknya, menurut Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Abdul Halim Abdul Kadir, segala kejadian alam itu adalah ketentuan Allah bagi menguji kesabaran manusia.

“Jika ada dakwaan ia kerana ‘tulah amarah’ ulama silam se-perti Tok Sheikh, saya rasa pihak terbabit mungkin terlalu memuja legasi tokoh hebat itu secara agak keterlaluan,” katanya.


Foto: Utusan

Beliau merujuk fenomena luar biasa kepala air dari puncak Gunung Jerai lewat Rabu lalu yang mengakibatkan kemusnahan teruk dan meragut nyawa penduduk sekitar kawasan ber-kenaan.


Susulan itu, ada pihak mendakwa malapetaka dahsyat tersebut kononnya berpunca daripada sikap taksub segelintir individu yang melakukan khurafat terhadap makam Tok Sheikh di situ.

Tapak pusara itu telah pun lama lenyap dipercayai bersebe-lahan stesen menara pemancar digital Telekom Malaysia di Jalan Persekutuan 274 pada ke-tinggian 1,219 meter dari paras laut.

Namun, beberapa tinggalan ulama Arab bernama Sheikh Abdullah Ahmad al-Qumairi itu masih ada antaranya telaga air, menara azan dan padang berbatuan yang dipercayai tapak masjid.

Beliau dipercayai mengasaskan silat kalimah daripada asas corak pergerakan solat dan turut bertanggungjawab mengislamkan raja Kedah dinasti Merong Maha Wangsa pada abad ke-12.

Kawasan itu yang tidak jauh dari pusat peranginan terkenal Jerai Hill Resort, sering menjadi tumpuan masyarakat untuk ‘mengambil keberkatan’ sehingga ada melakukan ritual khurafat.

Abdul Halim yang juga bekas Mufti Terengganu berkata, umat Islam memang digalakkan menghargai kesan sejarah agamawan dahulu tetapi bukan sehingga jadi fanatik.

“Kita usahlah ekstrem walaupun memang digalakkan menginsafi sejarah khasnya perjuangan ulama dahulu yang gigih menyebarkan Islam agar dapat dijadikan panduan hidup,” tegasnya.

Pandangan sama turut disua-rakan oleh Yang Dipertua Persa-tuan Ulama Kedah, Hafiz Mustafa Lubis ketika dihubungi Utusan Malaysia sambil memohon umat Islam negeri itu bertenang.

Mereka juga wajar menjadikan bencana teruk itu sebagai pengajaran kekuasaan Allah yang tidak dapat disangkal pemikiran manusia dan kembali bermuhasabah jika ada buat kesilapan.

Pada masa sama katanya, malapetaka itu turut mengajar masyarakat supaya lebih bersiap siaga dalam mendepani ‘kehebatan’ fenomena alam yang boleh berlaku tanpa dijangka awal.-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 23-8-2021 11:45 AM
Sebenonyaa Allah marah hangpa buat ritual pelik.. ambikk sekali dibedalnyaa..
Quote RatuDunia94 23-8-2021 12:16 PM
Ingatkan berita di Indonesia
Quote RatuDunia94 23-8-2021 12:21 PM
http://merahsilu.blogspot.com/20 ... g-jerai_78.html?m=1
Quote RatuDunia94 23-8-2021 12:22 PM
http://merahsilu.blogspot.com/20 ... .html?m=1</a>
Quote aechae 23-8-2021 12:30 PM
RatuDunia94 replied at 23-8-2021 12:21 PM
http://merahsilu.blogspot.com/2017/05/maulidur-rasul-dan-hol-di-gunung-jerai_78.html?m=1

Ini ke org panggil ‘ekstrim dlm beragama’?
Org lain pn solat, zikir, mengaji quran gak tp kt rumah je lah,...
Quote hayati_hassan 23-8-2021 12:51 PM
dia dah meninggal apa kebenda nak turun bencana ?
Quote sarah82 23-8-2021 01:01 PM
Aku pun x pernah sampai sini.

Baik tok serban hijau yg marah.. Dah la kubur dia depa jaga gitu3 sahaja
Quote AnnaSendin 23-8-2021 01:54 PM
Khurafat, syirik. Tade kena mengena dengan mana2 arwah tok. Deols dah di alam barzakh sana.
Quote tripleid 23-8-2021 02:00 PM
Dasat tul kepurcayaan melayu..org dah lama mati pun masih berkuasa turunkan bala kpd yg hidup
Quote edayildiz 23-8-2021 02:02 PM
mulayu pun ada jgk taksub bnda merepek..ingt yindon jer perangai gini
Quote orkid_amani 23-8-2021 02:03 PM
Ada org post 2--3hari sebelum kejadian tu..katanya Gunung Jerai Kirim salam. Xtaua apa maksud nya. Tengok2 jadi lagu tu
Quote zacEfron 23-8-2021 02:14 PM
org kedah mmg loqlaq
Quote TeropongThaico 23-8-2021 02:19 PM
RatuDunia94 replied at 23-8-2021 12:21 PM
http://merahsilu.blogspot.com/2017/05/maulidur-rasul-dan-hol-di-gunung-jerai_78.html?m=1

Allahu..
Tak terucap kata2 bila tengok keadaan tu.

Minta dijauhkan kita & anak keturunan kita dari pekara yg menyekutukan Allah. Wallahuaklam
Quote nakkomenjugak 23-8-2021 02:53 PM
eerkkkkk tulah? dah 2021 still percaya kahh?
helo jangan laa kait kan dengan yang sudah di alam keabadian
dah terputus dahh connection dengan alam laghaaa ni
Quote stingerlympics 23-8-2021 02:56 PM
jgn worry terkini pak mael sudah luluskan peruntukan RM 75 juta utk prasarana pembaikan banjir utk rakyat kedah...sudah boleh angkat calculator casio semua...pak mael sudah mau belanja rakyat

sesungguhnya pak mael dihati rakyat...

ini hari yg pertama dlm tugas...



kahkahkahkahkahkahkah

Quote spankee_fili 23-8-2021 02:59 PM
Selalu dengar orang cerita kat puncak Jerai ni ada perkampungan bunian
Pastu cerita pasal hikers ka campers ka yang bila turun bawah ada “terlebih headcount”, so kena naik lagi sekali pi hantar yang tak diundang itu
Soseh2 kedai kopi cap Songkok..
Quote mclaren 23-8-2021 03:03 PM
sarah82 replied at 23-8-2021 01:01 PM
Aku pun x pernah sampai sini.

Baik tok serban hijau yg marah.. Dah la kubur dia depa jaga  ...

Kalau baca kisah2 nabi dari zaman Nuh a.s. ke Hud a.s. dan seterusnya, macam mana umat2 masa tu boleh menyembah berhala ialah sebab lepas meninggalnya rasul sebagai penyampai dakwah dan pembimbing ke jalan benar, dan penganut yang soleh selepas tu pun mati, masyarkat masa tu mula2 buat patung2 sebagai tanda hormat dan kenangan 'ulama'2 masa tu, after years and generations, generasi2 bawah2 mula memuja2 dan akhirnya menyembah patung2 tu.  Until the next messenger diberi wahyu oleh Allah untuk membimbing masyarakat yang dah hanyut teruk.

Sebab tu bahaya terlalu agong2 kan manusia sebagai idola sampai terlalu taksub dsb
Quote sarah82 23-8-2021 03:22 PM
mclaren replied at 23-8-2021 03:03 PM
Kalau baca kisah2 nabi dari zaman Nuh a.s. ke Hud a.s. dan seterusnya, macam mana umat2 masa tu bo ...

Entah la.. Sy x idolakan sesiapa.. Jadi x tau.. Makan tom Syeikh ni selalu org pi berkhalwat.. X pernah naik jerai.. Pi kaki jerai pun dah nampak makhluk2 tak berfaedah bergentayangan.
Quote mclaren 23-8-2021 03:37 PM
sarah82 replied at 23-8-2021 03:22 PM
Entah la.. Sy x idolakan sesiapa.. Jadi x tau.. Makan tom Syeikh ni selalu org pi berkhalwat.. X p ...


Seriously saya tak quote sarah ha ha macam mana boleh lekat pulak quote ha ha. Pelik jugak baca reply sarah mula2 sebab nampak sarah replied quote my post. Rupanya post saya yang terquoted post sarah.

Abaikan ye sarah quote tu. Plan nak post reply solo. Tak perasan terreply post sarah.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.059865 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top