CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kami Sedang Tunggu Penyataan Pembelaan 5 Sekawan" - Peguam Nana

19-8-2021 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2440| Komen: 4

Peguam mewakili penyanyi Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin dari Tetuan Abang Azlan & Associates mengesahkan sudah menerima surat dan memorandum kehadiran daripada Tetuan Azlan Razak & Associates, peguamcara yang mewakili Mohd Razlan (Lan Solo), Nur Sheila (Sheila Razlan) dan Zuraidah (Syura) yang masing-masingnya adalah defendan pertama, kedua dan ketiga, kelmarin.



Kredit foto: IG Nana

Abang Azlan berkata, firmanya juga sudah menerima surat serta memorandum kehadiran daripada Tetuan Nurul Hafidzah & Associates yang mewakili Sam Musyadzafar (Sam Samin) dan Razidah (Aida G) yang juga defendan keempat dan kelima, semalam.

Ia susulan saman yang difailkan penyanyi lagu Paling Comel itu ke atas lima sekawan terbabit atas dakwaan memfitnahnya di platform media sosial menerusi sesi siaran langsung di Instagram.

"Selanjutnya, kami sedang menunggu penyataan pembelaan defendan-defendan itu yang kami percaya akan difailkan oleh peguam mereka dalam masa terdekat ini," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Abang Azlan, firmanya serta anak guamnya Siti Nordiana atau mesra disapa Nana juga maklum mengenai kenyataan daripada pihak peguam mewakili Lan Solo, Sheila dan Syura yang berkemungkinan mahu menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah.



"Firma dan anak guam saya maklum mengenai perkara ini berdasarkan laporan media," katanya.

Menerusi laporan sebuah portal, peguam mewakili Lan Solo, Sheila dan Syura iaitu Muhammad Hafiz Hood berkata, berkemungkinan kedua-dua pihak peguam akan berbincang untuk mediasi di luar mahkamah selepas proses memfailkan semua penyataan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Fei.z 19-8-2021 01:56 PM
Sedia popcorn dlu
Quote auntyonion 19-8-2021 02:35 PM
Wushhhh tasabo nak tahu akhir ya camne {:laugh
Quote nakkomenjugak 19-8-2021 02:58 PM
Don't let your mouth write a check that your ass can't cash.
Pandai2 la hidup yach
Quote OyenLemas 19-8-2021 05:08 PM
bila dah siap kes nii. huhu

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.059804 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top