CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Selamba Mengaku Pada Cikgu Ponteng PdPR Sebab Sibuk Cari Rezeki

18-8-2021 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3179| Komen: 14

Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa keluar bekerja tatkala semua rakan seusianya sibuk dengan persiapan peperiksaan mereka.



Menerusi video dimuat naik di TikTok, dia memaklumkan bahawa gurunya telah menghubunginya kerana tidak muncul sewaktu sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dijalankan.

Selepas pertanyaan itu dijawab kepada gurunya, remaja itu turut mendedahkan alasan dia ponteng PdPR disebabkan perlu mencari rezeki, menerusi video berdurasi 16 saat yang sehingga kini meraih hampir 130,000 tontonan di aplikasi TikTok.

"Cikgu tanya kenapa tak masuk kelas online dia, sebab kadang-kadang saya pun tak perasan kalau ada WhatsApp masuk. Saya beritahu sebab bekerja, lagipun kalau masuk ke kelas online tu memang susah nak faham.

"Sebab saya lebih suka belajar face to face, lagi senang nak masuk apa yang diajar.


Syazani mula bekerja sebagai kelindan lori pada usia 16 tahun dan menjual ayam golek sejak Jun lalu.


"Tapi bila ada masa terluang saya ada la juga minta kawan-kawan untuk ajar mana yang tertinggal tu," katanya Muhammad Syazani Sariff yang berasal dari Klang, Selangor kepada mStar.

Menurut remaja yang mesra disapa Syazani itu, dia mula bekerja sejak berusia 16 tahun kerana tidak mahu membebankan ibu bapanya.

"Saya mula bekerja sejak berusia 16 tahun lagi, mula-mula ikut lori untuk angkat barang orang yang nak pindah rumah. Saya mula bekerja di gerai ayam golek pula sejak Jun lalu.

"Jadi Isnin hingga Khamis saya bekerja di gerai, bila cuti Jumaat tu ikut lori pula. Saya buat kerja ni semua sebab tak mahu menyusahkan ibu bapa.




"Dalam seminggu tu saya boleh dapat RM300 kalau bekerja di gerai. Hasil gaji tu tak habis dekat diri sendiri je, dengan duit itu jugalah saya guna untuk membeli barang buat keluarga," ujarnya sambil menambah bapanya bekerja sebagai kontraktor.

Dalam masa sama dia juga mengakui ibu bapanya Jaliah Adam, 53, dan Sariff Rose, 54, turut risau memikirkan pembelajaran dan keselamatannya yang keluar mencari rezeki dalam keadaan negara diserang wabak Covid-19.

"Sebenarnya cikgu dan ibu bapa risau, mereka kalau boleh nak saya ulang kaji sebanyak mungkin untuk SPM.

"Bagi saya pula biarlah penat waktu muda-muda ni, selagi berdaya saya buat je. Pada saya, kalau nak apa-apa lebih baik berusaha sendiri sampai dapat.

"Usaha, doa, tawakal dan restu daripada ibu bapa menjadi kekuatan saya walaupun sebenarnya mereka risau saya bekerja dalam keadaan pandemik ini.


Syazani (kanan) merupakan anak bongsu daripada lima beradik.

"Tapi nak buat macam mana kan, saya bukan datang daripada keluarga yang senang. Saya bekerja ni pun untuk mengejar impian dan cita-cita.

"Saya merancang untuk mengambil kursus Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam di Giat Mara. Cita-cita saya nak jadi seorang jurukimpal suatu hari nanti," katanya.


Sumber: mStar
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 18-8-2021 11:58 AM
Cuma

Jangan lupakan pendidikan.
Quote Kurex 18-8-2021 02:04 PM
Helokkkkk.. nanti iols akan ke klang cari budak ni
Quote eyansss 18-8-2021 02:56 PM
memang ada student yang tak sesuai belajar ikut pdpr...  cuma pesan acik, ko jangan sampai lupa belajar sebab ralit cari duit ya dek...
Quote che-cikL 18-8-2021 03:06 PM
Nampak dia ada halatuju, cuma harap2 dia tak lupa yg dia ada janji kat diri sendiri nak sambung belajar tu.
Quote Fortiori02 18-8-2021 03:18 PM
Tak pe dik, buat mana yg ko minat cuma kalau kerja dan belajar tu dpt seiring, lbh baik, utk masa depan ko gak. Pas spm, sambil kerja sambil la belajar apa2 kemahiran yg blh, mana tau berguna di kemudian hari kan.
Quote nakkomenjugak 18-8-2021 09:59 PM
moga education pun seiring sejalan
Quote MissyMolly 19-8-2021 07:40 AM
Ok la mcm tu, terbaik kwn2 boleh nk tlg ajar. tetaplah belajar lepas kerja. Mmg dah ada aim kn. smg dipermudahkan laluan mcapai cita2 ye dik
Quote annehuda 19-8-2021 10:37 AM
Menurut remaja yang mesra disapa Syazani itu, dia mula bekerja sejak berusia 16 tahun kerana tidak mahu membebankan ibu bapanya.


maaf pada pendpt aku, menyekolahkan dan menanggung anak sampai 18thn tu dah memang tanggungjawab makbapak.  kalau adik ni kata dia memang minat bekerja sbb nk pegang duit ke, nak kumpul duit ke, tu aku paham lg. bagusla adik ni ada pemikiran taknak bebankan makbapak die tp dik ko bukan beban makbapak ko pun.
Quote Meiizu 19-8-2021 10:48 AM
Bagi aku..belajarlah dulu
Dah keje penat gitu bila masanya dia belajar
Mak ayah mcm lepas tangan je
Quote spicygirl3 22-8-2021 03:03 AM
Knowledge is important. Kalau boleh jangan la stop belajar. Rugi dek
Quote NFBZCantik 7-9-2021 12:56 PM
Jgn lupa pelajaran dik.

Cari duit itu penting, pelajaran pun penting tauu
Quote domestobot 8-9-2021 07:20 PM
siapa2 pun boleh berniaga tepi jalan. tak lah unik dan berani.
Quote kakigojes 8-9-2021 07:48 PM
annehuda replied at 19-8-2021 10:37 AM
maaf pada pendpt aku, menyekolahkan dan menanggung anak sampai 18thn tu dah memang tanggungjawab ...

100% agreed. Education is important, that’s all.
Quote nononcrux 9-9-2021 04:21 PM
bagus rajin cari duit, tapi seiring la dgn pelajaran sekarang.. jgn ketinggalan

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.238573 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top