CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Pengantin Pencetus Kluster Di Sabah

18-8-2021 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3689| Komen: 26

Description: Seorang lelaki warga Indonesia mencetuskan kluster baharu Covid-19 yang dilaporkan di Sabah semalam dipercayai ada kaitan dengan penganjuran majlis perkahwinan anak lelaki terbabit pada 6 Ogos lalu.
Seorang lelaki warga Indonesia mencetuskan kluster baharu Covid-19 yang dilaporkan di Sabah semalam dipercayai ada kaitan dengan penganjuran majlis perkahwinan anak lelaki terbabit pada 6 Ogos lalu.


Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks Kluster Sawit Baiduri yang direkodkan di daerah Lahad Datu itu disahkan positif Covid-19 pada 11 Ogos lalu.


Gambar hiasan

Katanya, lelaki berusia 47 tahun itu dilaporkan bergejala sejak 10 Ogos lalu sebelum datang ke Klinik Kesihatan Tungku pada keesokannya untuk menjalani saringan.

"Turut didapati positif ialah anak kepada kes indeks. Pengesanan secara aktif dan saringan bersasar terhadap 178 orang terdiri daripada ahli keluarga dan kontak rapat kemudiannya mengesan 77 kes positif termasuk 43 kes baharu, manakala 101 individu didapati negatif saringan pertama.

"Punca jangkitan masih dalam siasatan namun siasatan awal mendapati terdapat majlis perkahwinan pada 6 Ogos 2021 yang disyaki menjadi punca penyebaran wabak.

"Kes indeks adalah bapa kepada pengantin dalam majlis perkahwinan itu. Semua kes positif Covid-19 dalam kluster ini sudah dirujuk ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan pengasingan," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Masidi berkata, secara keseluruhan saringan kluster menyumbang sebanyak 161 kes kepada jumlah keseluruhan kes baharu di Sabah semalam.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 18-8-2021 07:21 AM
Satu kluster baharu dikenali sebagai Kluster Sawit Baiduri dikesan di Lahad Datu pada Selasa dipercayai berpunca daripada majlis perkahwinan yang merekodkan 77 jangkitan.


nama kluster mcm nama filem plak
Quote TeropongThaico 18-8-2021 08:58 AM
Mn le kes tak berkurang. Masing2 degil ya amat. Hadap le sekarang
Quote Roan 18-8-2021 09:02 AM
Kami di sabah ni kes naik mencanak-canak.. tapi SOP tatap kana kasi longgar.. nda paham la aku
Quote TeropongThaico 18-8-2021 09:10 AM
Roan replied at 18-8-2021 09:02 AM
Kami di sabah ni kes naik mencanak-canak.. tapi SOP tatap kana kasi longgar.. nda paham la aku

Itu le. Patutnya kerajaan ketatkan sop buat mcm pkpd. Pastu supply brg mkn utk tempoh tu. Buat mcm last year. Turun ke kan kes. Ni dok buat pkp 1/2 cook mmg rakyat memberontak le sbb lama sgt. Diarang pun dok tunjuk contoh buruk langgar sop yg dibuat sendiri. Sampai ajm le hadap
Quote lilacomot 18-8-2021 09:44 AM
boleh x sesapa yg mencetuskan kluster ni di saman mcm kes sivagangga dulu...
Quote lurve82 18-8-2021 09:44 AM
Adik ipar aku nk kawen thn dpn..klu anak2 lom vax, aku xnak balik…
Quote nakkomenjugak 18-8-2021 10:48 AM
Laaaa....
Dah bertambah dahhh kes
Quote imransulaiman 18-8-2021 12:05 PM
Boleh tak pencetus kluster ni kena denda dan tanggung sendiri kos rawatan? Menyusahkan orang lain dan masyarakat sekeliling betul!
Quote Fortiori02 18-8-2021 02:38 PM
Time kes byk, time tu la ko sebok nak berkenduri bagai, siap jemput org lg ye. Mintak tlg humban org2 gini dlm sungai yg ada buaya.
Quote imanjannah 18-8-2021 02:42 PM
mmg dah boleh buat majlis ke di sana
Quote aderaderker 18-8-2021 03:12 PM
Degilnya lahai.

Nak kawin lantok ko la kan,  dah nak berkenduri tu kenapa
Quote supernaturalee 18-8-2021 03:33 PM
Fasa 2 blh buat majlis kenduri ke


Quote domestobot 18-8-2021 03:50 PM
nikah je la sudah, takyah nak majlis2 itu ini masa pandemik ni. gatal biji sangat kan sebab taknak melepas duduk atas pelamin.
Quote Roan 18-8-2021 04:12 PM
Sekarang ni silap langkah masuk kedai..  MySejahtera akan bertukar status ke Kontak Kasual Tidak Bergejala
Quote genUmi 18-8-2021 04:17 PM
ini sikap pentingkan diri

sangka diri x akan kena

sikap alaa x apa


mentaliti tahap rendah
Quote LoveSungmin 18-8-2021 04:28 PM
ni semua salah kerajaan la ni
Quote edayildiz 18-8-2021 04:31 PM
degil bethol..dah sthn covid pun x reti bahasa lg nk kenduri
Quote Vinca 18-8-2021 06:03 PM
degil betul rakyat.. buat kenduri kahwin. tak pikir org lain. pentingkan diri huh!
Quote dua_chzy 18-8-2021 11:13 PM
Edited by dua_chzy at 18-8-2021 11:16 PM
LoveSungmin replied at 18-8-2021 04:28 PM
ni semua salah kerajaan la ni


Memang pun. Kalau bukan kerana rakyat nampak sundri muntri2 hanat dalam gomen tu langgar SOP cemana, takdanya rakyat makin degil dari hari ke hari.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.144838 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top