CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3001|Reply: 24

[Tempatan] Covid-19: Majlis kahwin dipercayai cetus kluster baharu di Sabah

[Copy link]
Post time 18-8-2021 07:20 AM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU - Satu kluster baharu dikenali sebagai Kluster Sawit Baiduri dikesan di Lahad Datu pada Selasa dipercayai berpunca daripada majlis perkahwinan yang merekodkan 77 jangkitan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks kluster itu adalah seorang lelaki warga Indonesia berusia 47 tahun yang merupakan bapa pengantin dan disahkan positif Covid-19 pada 11 Ogos di Klinik Kesihatan Tungku selepas didapati mempunyai gejala penyakit tersebut.

"Turut didapati positif ialah anak kepada kes indeks. Pengesanan secara aktif dan saringan bersasar terhadap 178 orang terdiri daripada ahli keluarga dan kontak rapat kemudian mengesan 77 kes positif termasuk 43 kes baharu hari ini.

"Sementara 101 individu didapati negatif saringan pertama. Punca jangkitan masih dalam disiasat namun siasatan awal mendapati terdapat majlis perkahwinan pada 6 Ogos lepas yang disyaki menjadi punca penyebaran wabak," menurutnya dalam kenyataan malam Selasa.

Masidi, yang juga jurucakap Covid-19 Sabah berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri, kes baharu yang direkodkan pada Selasa ialah sebanyak 2,103 menjadikan jumlah kumulatif 108,933 kes.

Beliau berkata, jumlah pesakit Covid-19 yang dilaporkan sembuh pula ialah 652 orang menjadikan jumlah kumulatif pulih setakat ini ialah 90,356 orang manakala 5,153 sedang menerima rawatan. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ter-baharu-di-Sabah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2021 07:21 AM | Show all posts
Satu kluster baharu dikenali sebagai Kluster Sawit Baiduri dikesan di Lahad Datu pada Selasa dipercayai berpunca daripada majlis perkahwinan yang merekodkan 77 jangkitan.


nama kluster mcm nama filem plak
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Mn le kes tak berkurang. Masing2 degil ya amat. Hadap le sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 09:02 AM | Show all posts
Kami di sabah ni kes naik mencanak-canak.. tapi SOP tatap kana kasi longgar.. nda paham la aku
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Roan replied at 18-8-2021 09:02 AM
Kami di sabah ni kes naik mencanak-canak.. tapi SOP tatap kana kasi longgar.. nda paham la aku

Itu le. Patutnya kerajaan ketatkan sop buat mcm pkpd. Pastu supply brg mkn utk tempoh tu. Buat mcm last year. Turun ke kan kes. Ni dok buat pkp 1/2 cook mmg rakyat memberontak le sbb lama sgt. Diarang pun dok tunjuk contoh buruk langgar sop yg dibuat sendiri. Sampai ajm le hadap
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 09:44 AM | Show all posts
boleh x sesapa yg mencetuskan kluster ni di saman mcm kes sivagangga dulu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2021 09:44 AM | Show all posts
Adik ipar aku nk kawen thn dpn..klu anak2 lom vax, aku xnak balik…
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaaa....
Dah bertambah dahhh kes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2021 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tak pencetus kluster ni kena denda dan tanggung sendiri kos rawatan? Menyusahkan orang lain dan masyarakat sekeliling betul!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Time kes byk, time tu la ko sebok nak berkenduri bagai, siap jemput org lg ye. Mintak tlg humban org2 gini dlm sungai yg ada buaya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg dah boleh buat majlis ke di sana
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Degilnya lahai.

Nak kawin lantok ko la kan,  dah nak berkenduri tu kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Fasa 2 blh buat majlis kenduri ke


Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 03:50 PM | Show all posts
nikah je la sudah, takyah nak majlis2 itu ini masa pandemik ni. gatal biji sangat kan sebab taknak melepas duduk atas pelamin.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 04:12 PM | Show all posts
Sekarang ni silap langkah masuk kedai..  MySejahtera akan bertukar status ke Kontak Kasual Tidak Bergejala
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 04:17 PM | Show all posts
ini sikap pentingkan diri

sangka diri x akan kena

sikap alaa x apa


mentaliti tahap rendah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2021 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ni semua salah kerajaan la ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
degil bethol..dah sthn covid pun x reti bahasa lg nk kenduri
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 06:03 PM | Show all posts
degil betul rakyat.. buat kenduri kahwin. tak pikir org lain. pentingkan diri huh!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 18-8-2021 11:16 PM
LoveSungmin replied at 18-8-2021 04:28 PM
ni semua salah kerajaan la ni


Memang pun. Kalau bukan kerana rakyat nampak sundri muntri2 hanat dalam gomen tu langgar SOP cemana, takdanya rakyat makin degil dari hari ke hari.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.047818 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list