CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Hero Selamatkan Pelatih Wanita Dibaham Buaya

18-8-2021 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3158| Komen: 16

Dua individu layak digelar wira selepas menyelamatkan seorang pekerja taman hidupan liar Scales and Tales yang diserang buaya ketika melakukan demonstrasi, Sabtu lalu.

Kejadian berlaku di West Valley City, Utah itu ketika pekerja berkenaan, Lindsay Bull melakukan demonstrasi, lapor Daily Star.


Donnie Wiseman menjerit meminta bantuan selepas melihat buaya menggigit tangan wanita itu dan menyeretnya ke dalam air.


Kredit foto: Theresa Wiseman

Dia melompat ke dalam kandang buaya terbabit dan pekerja berkenaan memberitahu kepadanya bagaimana untuk 'berurusan' dengan reptilia itu.

Ketika itu buaya berkenaan sedang menggigit lengannya dengan rahang yang tajam.

Seorang lagi pengunjung, Todd Christopher turut membantu Donnie untuk menyelamatkan pekerja itu.



Isteri Todd, Amy Christopher turut memberikan pertolongan cemas sebelum pasukan kecemasan tiba di tempat kejadian.

Pengendali buaya itu dibawa ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan baik dan dalam proses pemulihan.

Pengurusan taman berkenaan memuat naik mesej terima kasih di laman Facebook mereka Ahad lalu.

"Kami ingin berterima kasih kepada mereka yang menjadi wira. Ini adalah risiko yang dihadapi kakitangan kami yang mengendalikan haiwan.

"Semalam (Sabtu lalu), keadaan yang tidak kita inginkan berlaku. Salah seorang pengendali buaya kami digigit buaya besar,.

"Mereka (Donnie, Amy dan Todd) membahayakan diri dan menyelamatkan keadaan" katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imanjannah 18-8-2021 11:59 AM
adoiiii..
Quote midori_katana 18-8-2021 12:50 PM
Nasibla ada hero tu.. kalau org lain rasanya tak berani nak tlg {:freak
Quote Artemesiaa 18-8-2021 12:54 PM
Ngeri nasib ada yang nak bantu selamatkan
Quote Thunderclouds 18-8-2021 01:08 PM
Xsggup nk tgk. Ngeri. Nasib keleq brani tolong.
Quote Babai 18-8-2021 01:27 PM
midori_katana replied at 18-8-2021 12:50 PM
Nasibla ada hero tu.. kalau org lain rasanya tak berani nak tlg {:freak

Nasib baik buaya kecik.
Quote any42 18-8-2021 01:38 PM
omg berani btul. bdk2 tu smpai parents kna tarik turun maybe dorang ingat tu sbhagian dr ptunjukkn kot.
Quote grouper 18-8-2021 01:39 PM
Mmg hebat semua yg terlibat. Contoh terbaik tenang is good. Of course pompuan tu ada latihan dan dia tau ape perlu dibuat tapi nak praktikkan dlm situasi sebenar mmg kagum sgt kat dia. Klau org lain xde training mmg dh putus tangan time buaya tu buat death roll. Hero tu pun sama hebat tenang dan ikut arahan dr pompuan tu..
Quote Supersirap 18-8-2021 01:57 PM
Tahniah kepada rakan sekerja kerena berjaya menyelamatkan tangan wanita itu dan pada masa yang sama tidak mengapa-apakan sang buaya tersebut
Quote Levespa 18-8-2021 03:05 PM
ngeri betul dengan buaya2 ni.. nasib baik kecik je.. ada org yg pernah survive serangan buaya, dia bagi petua cucuk mata buaya tu, bahagian paling sensitif
Quote supernaturalee 18-8-2021 03:42 PM
grouper replied at 18-8-2021 01:39 PM
Mmg hebat semua yg terlibat. Contoh terbaik tenang is good. Of course pompuan tu ada latihan dan dia ...

X putus eh?
Iols terus skip lps die ikut sm roll

Quote Megikari 18-8-2021 06:18 PM
Kecik je buaya tu tapi kuat sungguh. Kalau buaya besar dah putus agaknya tangan trainer tu
Quote Illayana 18-8-2021 08:32 PM
Ngerinyaaaaaaaaa...
Quote Punat_button 18-8-2021 10:19 PM
Babai replied at 18-8-2021 01:27 PM
Nasib baik buaya kecik.

Nasib baik omputih badan sebesar buaya kecik


Quote dua_chzy 19-8-2021 12:37 AM
Punat_button replied at 18-8-2021 10:19 PM
Nasib baik omputih badan sebesar buaya kecik

Hapo.
Quote dua_chzy 19-8-2021 12:39 AM
supernaturalee replied at 18-8-2021 03:42 PM
X putus eh?
Iols terus skip lps die ikut sm roll

Tak. Sebab pompuan tu tenang tak berdrama Tamil terjerit2. Kejadian ni jika berlaku pada ummah nusantara atau Asia, aku takleh bayangkan kekecohannya.
Quote supernaturalee 20-8-2021 10:11 PM
dua_chzy replied at 19-8-2021 12:39 AM
Tak. Sebab pompuan tu tenang tak berdrama Tamil terjerit2. Kejadian ni jika berlaku pada ummah nus ...

Aprika pun sm


Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.045757 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top