CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fendy Susah Nak Pindah Rumah Dalam Fasa 1 PPN

17-8-2021 01:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2215| Komen: 3

Pemain dram kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun, 30, berpuas hati dengan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mulia, Bandar Tun Razak, di sini, diterimanya.

Berkunjung ke rumah baharu bagi membuat pemeriksaan selepas mengambil kunci rumah di ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini, Fendy berkata, dia bersyukur penantiannya selama tujuh tahun kini sudah berakhir.


Foto: Berita Harian

"Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa kerana merealisasikan impian ini. Saya sudah pergi melihat rumah dan Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik, tiada kebocoran atau sebagainya.

"Jujurnya, saya sangat berpuas hati kerana tujuh tahun menantikan rumah ini. Kini, saya boleh mendiami rumah baharu dalam masa terdekat, insya-Allah," katanya kepada BH Online.


Bagaimanapun, bapa kepada Nur Azalea Zafirah, 6, berkata, dia belum boleh memberi jawapan bila akan berpindah ke kediaman berkenaan.

"Sekarang saya mahu mengemas, lagi pun nak buat pergerakan besar tidak boleh dalam pelaksanaan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), jadi agak sukar untuk berpindah. Mungkin dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi barulah saya boleh menetap di PPR Taman Mulia.

"Saya sudah memaklumkan, tuan rumah memahami dan memberikan saya masa. Bulan hadapan adalah terakhir saya membayar sewa rumah. Jika masih menetap pada bulan seterusnya, saya akan menggunakan duit pendahuluan masuk rumah yang dibayar, sebelum ini.

"Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang membantu," katanya.


Foto: Berita Harian

Terdahulu, Fendy meluahkan kegusaran selepas hampir sebulan dikunjungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, tetapi belum mendapat perkhabaran mengenai permohonan mendapatkan rumah mampu milik DBKL itu.

Sebelum itu, tular video yang dimuat naik Fendy dalam Facebook yang memohon Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memudahkan permohonannya mendapatkan rumah mampu milik DBKL pada Julai lalu.

Ia berikutan pendapatan Fendy terjejas teruk ekoran penularan COVID-19 sehingga sukar membayar sewa rumah sebanyak RM1,300 sebulan dan perlu menyara anak tunggal perempuan. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ayda89 17-8-2021 01:34 PM
Macam pernah baca boleh pegi balai mintak surat kebenaran. Tak sure la
Quote mama_neko 17-8-2021 03:51 PM
lega kalau dapat rumah PPR... berapa ja sebulan, kalau ada extra2 nnti pun boleh la simpan2.. dah pendapatan pun tak menentu kan..
Quote mayakaren 18-8-2021 05:23 PM
Sedihla tgk mereka anak beranak. Bersyukurlah apa yg ada dan moga dipermudahkan urusan..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.122655 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top