CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berkat Doa Ebit Lew, Jualan Azlee Senario Habis

17-8-2021 12:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4830| Komen: 35

Description: Selepas tular foto Azlee Senario berniaga di tepi jalan, personaliti dakwah iaitu Ebit Lew datang melawat gerai milik pelawak tersebut yang terletak di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh, Sabtu lalu.
Selepas tular foto Azlee Senario berniaga di tepi jalan, personaliti dakwah iaitu Ebit Lew datang melawat gerai milik pelawak tersebut yang terletak di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh, Sabtu lalu.


Menganggap ia satu kejutan yang besar, Azlee atau nama sebenarnya Azlee Jaafar meluahkan rasa syukur dengan kehadiran Ebit Lew yang memberi kata-kata semangat untuk dia terus mencari rezeki dalam tempoh pandemik Covid-19.

Menurut Azlee, pakar motivasi itu juga membeli buah-buahan yang dijualnya selain memberikan sedikit sumbangan berbentuk wang tunai.

Foto: Via mStar

"Sejujurnya saya terkejut apabila gambar saya berniaga menjadi tular. Mungkin dari situ beliau nampak dan tergerak hati nak datang ke gerai saya. Bagi saya, ia satu kejutan yang amat besar.


"Saya sangat terharu dengan kehadirannya yang sanggup turun bertemu dengan saya di tapak berniaga. Dia memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada saya agar jangan pernah berputus asa kerana Allah sayang.

"Semangat yang dia berikan sebagai satu sumber dan ilham untuk saya mencari rezeki di kala pandemik. Dia juga ada membeli buah-buahan serta sedikit sumbangan.

"Saya sangat bersyukur dan berkat doanya, ramai orang datang membeli... Alhamdulillah," kata Azlee kepada mStar.

Pada minggu lalu, tular foto Azlee sedang duduk berniaga buah-buahan sambil menunggu pelanggan di laman sosial dan rata-rata netizen meminta orang ramai untuk membantu pelawak itu dengan membeli hasil jualannya di tapak pasar malam di Saujana Utama, Sungai Buloh.

Azlee mula berniaga buah-buahan dan hasil laut seperti ikan, ketam, kupang, kerang, lala dan siput sedut di tapak pasar malam di Saujana Utama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuasakan Jun lalu.


Foto: via mStar

Dalam pada itu, Azlee mengakui banyak kerja termasuklah penggambaran filem serta konsert Senario terpaksa ditangguhkan berikutan kerajaan masih tidak membenarkan sebarang aktiviti seni.

Biarpun terkesan dengan keadaan sekarang, pelawak berusia 54 tahun ini tidak pernah patah semangat untuk mencari sumber pendapatan bagi menyara kehidupannya sekeluarga.

"Buat masa ini, semua aktiviti seni terpaksa ditangguhkan sehingga kerajaan membenarkan semula. Jadi, saya kena cari sumber pendapatan lagi. Sepatutnya saya dan ahli Senario lain menjalani penggambaran untuk filem kami di Terengganu.

"Semuanya sudah dirancang dan tinggal untuk jalankan penggambaran saja. Konsert 25 tahun Senario yang sepatutnya diadakan bulan November pun terpaksa ditunda. Tapi tak apa, ia tidak mematahkan semangat saya untuk mencari rezeki menyara keluarga.

"Sebab itu saya berniaga... walaupun berniaga buah-buahan dan seafood seperti udang galah tak banyak untung tapi saya dapatlah beli barangan keperluan serrta menyara keluarga dalam keadaan sekarang," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 17-8-2021 12:32 PM
Wow. Kenapa Ebit xdoakan covid lenyap dari dunia? Mesti habis covid.
Quote miszclassique 17-8-2021 12:36 PM
Siotnye, tak pasal2 berkat doa dia yer... Entah si netizen yg tularkan tu yg beria doa untuk ko... huntonglahhhhh berkat sgt
Quote Ayda89 17-8-2021 12:38 PM
Erm.. doa dia jela yg berkat ye. Pdhl kalau netizen tak viralkan, Ebit pun taktau
Quote nakkomenjugak 17-8-2021 12:54 PM
alhamdulillah...
moga rezeki lebih so nanti kalau makan ramai2
takde laa suruh member bayar
Quote Ieqa140388 17-8-2021 01:06 PM
Org lain yg tularkan org len dpt nama
Quote akuHavocczz 17-8-2021 03:10 PM
Tak doa sendiri ke bang??? Tanyaaa je
Quote testly 17-8-2021 03:18 PM
Entah doa siapa yg Allah kabulkan... Pepandai je nak claim...
Quote midori_katana 17-8-2021 03:32 PM
Azlee,  sedarlah, sebab kau terkenal dan berita kau tular baru lah EL mai jengah.. sila perasan azlee!
Quote princessmiang 17-8-2021 03:35 PM
baik sembah berhala jelah sis
Quote Fei.z 17-8-2021 03:37 PM
Amboi smpi claim cmtu skli die ye
Quote Fei.z 17-8-2021 03:37 PM
Msti dewabit doa dgn sayuuuuuu skli
Quote liton 17-8-2021 03:38 PM
miszclassique replied at 17-8-2021 12:36 PM
Siotnye, tak pasal2 berkat doa dia yer... Entah si netizen yg tularkan tu yg beria doa untuk ko... h ...

Kan...patut dia terima kasih pada org yg tularkan. Sbb org tu ramai yg tau dia meniaga termasuklah EL yg sememangnya akan meluru utk tlg kes yg tular.
Quote Ferr_Remy 17-8-2021 03:39 PM
Benda viral je muka die mesti ada...
Quote margo20 17-8-2021 08:57 PM
Kalau ebit yg borong semua mmg la habiss
Quote eyansss 17-8-2021 09:20 PM
miszclassique replied at 17-8-2021 12:36 PM
Siotnye, tak pasal2 berkat doa dia yer... Entah si netizen yg tularkan tu yg beria doa untuk ko... h ...

setelah sekian lama netizen doakan n siap viralkan kedai ko, tuhan jadian ni jugak ko puji puja cakap terima kasih???  wow...
Quote Burong_Hantuk 17-8-2021 11:00 PM
Lesung lesung...
Quote samshik 17-8-2021 11:03 PM
Tajuk pun.. Minta cerca sgtt
Quote slyfynx 17-8-2021 11:09 PM
Really @CARI-MRO?
Really?
Ko mmg mintak kene maki ke dgn tajuk tu.
Boleh bawak syirik kot.
Quote edayildiz 17-8-2021 11:13 PM
asal viral jer muka dia msti ada
heols tamo p afghanistan ke?

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.079486 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top