CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Adil Ke Yang Lengkap Vaksin Saja Boleh Masuk Pasar Raya, Dine-In?

16-8-2021 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28837| Komen: 333

Keputusan kerajaan negeri membenarkan individu yang lengkap dua dos vaksin sahaja masuk ke pasar raya dan dine-in di restoran menerima reaksi berbeza daripada orang ramai di Sabah.


NORANILA ADNIN

Noranila Adnin, 32, berkata, prosedur operasi standard (SOP) baharu itu mempunyai kebaikan dan keburukan kerana masih ramai orang muda yang belum menerima vaksin lengkap.

“Tidak adil untuk membenarkan individu sudah lengkap divaksin sahaja masuk ke pasar raya kerana masih ramai yang belum menerima janji temu vaksin melalui aplikasi MySejahtera. Malah, saya sendiri baharu menerima vaksin dos pertama beberapa hari lalu,” katanya ketika ditemui.

Kakitangan bank itu berkata, kebaikan pendekatan itu adalah dapat mengurangkan risiko penularan jangkitan dan kematian akibat Covid-19 terutama dengan adanya varian baharu yang cepat merebak pada masa ini.

Namun, katanya, lebih baik kerajaan negeri memberi sedikit masa kepada pelanggan dan pengusaha premis untuk membuat persediaan bagi mendapatkan vaksin lengkap sebelum dapat mematuhi SOP baharu ini.


“Jika dilihat Kementerian Kesihatan juga menyatakan bekalan vaksin tidak mencukupi maka, tidak adil untuk terus melaksanakan syarat lengkap dua dos vaksin ini secara serta-merta.

“Kalau individu belum lengkap divaksin tidak dibenarkan untuk masuk ke pasar raya, itu akan mendatangkan kesukaran kepada mereka membeli barang keperluan,” katanya.


CHRISTINUS JESIE

Sementara itu, Christinus Jesie, 38, berkata, pelaksanaan SOP yang ketat sangat baik kerana ia boleh memberi keyakinan kepada pelanggan untuk memasuki pasar raya tanpa perlu berasa bimbang tentang jangkitan Covid-19.

Bagaimanapun, katanya, SOP sedia ada masih perlu dipatuhi bagi memastikan risiko jangkitan dapat dikurangkan.

“Ketika ini, kes jangkitan Covid-19 di Sabah juga semakin meningkat, jadi ketetapan SOP yang ketat sebegini dapat meningkatkan keyakinan orang ramai untuk keluar membeli barang keperluan harian,” ujarnya.


Pelanggan mengimbas MySejahtera sebelum memasuki Servey Hypermarket Putatan, Sabah.-UTUSAN/SURAIDAH ROSLAN

Semalam, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan, berdasarkan SOP baharu di Sabah, pelanggan dan pekerja yang lengkap divaksin sahaja boleh masuk ke pasar raya dan restoran. 


Sumber: UTUSAN ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 16-8-2021 12:55 PM
Tak pernah ada keadilan dalam duniya ni dek..sbb skrg dah boleh walk in..samada nak dengan tak nak je... akak pon walo jarang jarang lepak mall gigih jah beratur amik vaksin.nak balik kg jumpa mak ayah
Quote dua_chzy 16-8-2021 12:57 PM
Dah berkuatkuasa ke? Ikut tempat la kot. KK barangkali gigih la, dah kawasan bandar kan.
Quote darkness 16-8-2021 12:58 PM
Hak masing2 kan...kalau xnak beksin xyahlah beksin. Hak pasaraya juga nak bagi masuk.sapa dia nak
Quote MrsVeneer 16-8-2021 12:59 PM
jalfa: Tak pernah ada keadilan dalam duniya ni dek..sbb skrg dah boleh walk in..samada nak dengan tak nak je... akak pon walo jarang jarang lepak m ...


Kt Pahang ni blh tau kt mana boleh walk in?
Quote shuk_one 16-8-2021 12:59 PM
kesian la yg dapat AZ tu, 2 bulan lebih nak complete vaksin
Quote airmineral 16-8-2021 12:59 PM
iols rasa boleh kuatkuasa lepas yg daftar bekcin 100% da dpt dose2.. xfair utk yg da daftar tp blum dpt turn..
Quote white_musk 16-8-2021 01:00 PM
Reject customer ibarat reject rejeki dik
Quote zamzam 16-8-2021 01:01 PM
Bukaklah mall sendiri untuk antivak.
Quote dua_chzy 16-8-2021 01:02 PM
Edited by dua_chzy at 16-8-2021 01:03 PM
white_musk replied at 16-8-2021 01:00 PM
Reject customer ibarat reject rejeki dik


Kihkih.

Kalau ko regular customer, memang pekedai biasanya lenient.

Sukor akak bukan kaki lepak kaki dine in merayap berjimba sana sini. So idok la akak terkesan sangat dengan larangan antichrist ini.
Quote fizamn 16-8-2021 01:03 PM
Ape susah korang yg belum vaksin ikut aje SOP terdahulu...x se susah mana pun..
Quote white_musk 16-8-2021 01:04 PM
Yang antivaks sapaerti sohai itu sememangnya sudah sedia maklum banyak halangan. Tetapi sakarang ini yang marah2 itu adalah orang yang sudah daftar tetapi tidak dapat vaksin lagi dan yang belum terima 2nd dos.


Beza tau
Quote nakkomenjugak 16-8-2021 01:04 PM
hehehe
haaa acaner?
nak ke shopping on9/order foodpan sampai ajm?
Quote edayildiz 16-8-2021 01:04 PM
dah cukup dua dose..tetap xrasa nk masuk mall ke mkn2 ke..i choose to duduk rumah yach biar la covid reda..now still trauma
Quote akusukaq 16-8-2021 01:05 PM
darkness replied at 16-8-2021 12:58 PM
Hak masing2 kan...kalau xnak beksin xyahlah beksin. Hak pasaraya juga nak bagi masuk.sapa dia nak :l ...


Mana boleh paksa hak masing masing. hak individu yg tolak vaksin kita hormati.begitu jgk hak peniaga memilih pelangan yg telah divaksin jgk kita  kena akur.
Quote Porter72 16-8-2021 01:05 PM
Edited by Porter72 at 17-8-2021 12:28 PM

This is a draft, which is being shared for information purposes only. ... Towards equitable access and fair allocation of COVID-19 health products.Kroger Eschedule




Quote umbut 16-8-2021 01:06 PM
Adil.. Yg antivaks leh gi kedai aceh
Quote dua_chzy 16-8-2021 01:06 PM
nakkomenjugak replied at 16-8-2021 01:04 PM
hehehe
haaa acaner?
nak ke shopping on9/order foodpan sampai ajm?


Supermarket/restoren saja. Pekedai runcit biasa dan peniaga waroeng takda maknanya nak adhere sangat dengan rule ni. Apa lagi di daerah kecil penduduk 5k plus macam daerah akak.
Quote white_musk 16-8-2021 01:08 PM
dua_chzy replied at 16-8-2021 01:06 PM
Supermarket/restoren saja. Pekedai runcit biasa dan peniaga waroeng takda maknanya nak adhere sa ...

Kedai banyak dik chazy... Pergi saja mana mana, akan ada yang memberi keizinan...
Quote dua_chzy 16-8-2021 01:09 PM
Sebab ini Malaysia, akak senyum sinis saja. Kita tengok la tahun depan implementation masih on track atau dah ke laut dalam.

Lihat semua komen(333)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.339651 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top