View: 27475|Reply: 333
|
Adil Ke Yang Lengkap Vaksin Saja Boleh Masuk Pasar Raya, Dine-In?
[Copy link]
|
|
Keputusan kerajaan negeri membenarkan individu yang lengkap dua dos vaksin sahaja masuk ke pasar raya dan dine-in di restoran menerima reaksi berbeza daripada orang ramai di Sabah.
NORANILA ADNIN
Noranila Adnin, 32, berkata, prosedur operasi standard (SOP) baharu itu mempunyai kebaikan dan keburukan kerana masih ramai orang muda yang belum menerima vaksin lengkap.
“Tidak adil untuk membenarkan individu sudah lengkap divaksin sahaja masuk ke pasar raya kerana masih ramai yang belum menerima janji temu vaksin melalui aplikasi MySejahtera. Malah, saya sendiri baharu menerima vaksin dos pertama beberapa hari lalu,” katanya ketika ditemui.
Kakitangan bank itu berkata, kebaikan pendekatan itu adalah dapat mengurangkan risiko penularan jangkitan dan kematian akibat Covid-19 terutama dengan adanya varian baharu yang cepat merebak pada masa ini.
Namun, katanya, lebih baik kerajaan negeri memberi sedikit masa kepada pelanggan dan pengusaha premis untuk membuat persediaan bagi mendapatkan vaksin lengkap sebelum dapat mematuhi SOP baharu ini.
“Jika dilihat Kementerian Kesihatan juga menyatakan bekalan vaksin tidak mencukupi maka, tidak adil untuk terus melaksanakan syarat lengkap dua dos vaksin ini secara serta-merta.
“Kalau individu belum lengkap divaksin tidak dibenarkan untuk masuk ke pasar raya, itu akan mendatangkan kesukaran kepada mereka membeli barang keperluan,” katanya.
CHRISTINUS JESIE
Sementara itu, Christinus Jesie, 38, berkata, pelaksanaan SOP yang ketat sangat baik kerana ia boleh memberi keyakinan kepada pelanggan untuk memasuki pasar raya tanpa perlu berasa bimbang tentang jangkitan Covid-19.
Bagaimanapun, katanya, SOP sedia ada masih perlu dipatuhi bagi memastikan risiko jangkitan dapat dikurangkan.
“Ketika ini, kes jangkitan Covid-19 di Sabah juga semakin meningkat, jadi ketetapan SOP yang ketat sebegini dapat meningkatkan keyakinan orang ramai untuk keluar membeli barang keperluan harian,” ujarnya.
Pelanggan mengimbas MySejahtera sebelum memasuki Servey Hypermarket Putatan, Sabah.-UTUSAN/SURAIDAH ROSLAN
Semalam, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan, berdasarkan SOP baharu di Sabah, pelanggan dan pekerja yang lengkap divaksin sahaja boleh masuk ke pasar raya dan restoran.
Sumber: UTUSAN ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah ada keadilan dalam duniya ni dek..sbb skrg dah boleh walk in..samada nak dengan tak nak je... akak pon walo jarang jarang lepak mall gigih jah beratur amik vaksin.nak balik kg jumpa mak ayah |
|
|
|
|
|
|
|
Dah berkuatkuasa ke? Ikut tempat la kot. KK barangkali gigih la, dah kawasan bandar kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Hak masing2 kan...kalau xnak beksin xyahlah beksin. Hak pasaraya juga nak bagi masuk.sapa dia nak |
|
|
|
|
|
|
|
jalfa: Tak pernah ada keadilan dalam duniya ni dek..sbb skrg dah boleh walk in..samada nak dengan tak nak je... akak pon walo jarang jarang lepak m ...
Kt Pahang ni blh tau kt mana boleh walk in?
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian la yg dapat AZ tu, 2 bulan lebih nak complete vaksin |
|
|
|
|
|
|
|
iols rasa boleh kuatkuasa lepas yg daftar bekcin 100% da dpt dose2.. xfair utk yg da daftar tp blum dpt turn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reject customer ibarat reject rejeki dik |
|
|
|
|
|
|
|
Bukaklah mall sendiri untuk antivak. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 16-8-2021 01:03 PM
white_musk replied at 16-8-2021 01:00 PM
Reject customer ibarat reject rejeki dik
Kihkih.
Kalau ko regular customer, memang pekedai biasanya lenient.
Sukor akak bukan kaki lepak kaki dine in merayap berjimba sana sini. So idok la akak terkesan sangat dengan larangan antichrist ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Ape susah korang yg belum vaksin ikut aje SOP terdahulu...x se susah mana pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang antivaks sapaerti sohai itu sememangnya sudah sedia maklum banyak halangan. Tetapi sakarang ini yang marah2 itu adalah orang yang sudah daftar tetapi tidak dapat vaksin lagi dan yang belum terima 2nd dos.
Beza tau |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe
haaa acaner?
nak ke shopping on9/order foodpan sampai ajm? |
|
|
|
|
|
|
|
dah cukup dua dose..tetap xrasa nk masuk mall ke mkn2 ke..i choose to duduk rumah yach biar la covid reda..now still trauma |
|
|
|
|
|
|
|
darkness replied at 16-8-2021 12:58 PM
Hak masing2 kan...kalau xnak beksin xyahlah beksin. Hak pasaraya juga nak bagi masuk.sapa dia nak :l ...
Mana boleh paksa hak masing masing. hak individu yg tolak vaksin kita hormati.begitu jgk hak peniaga memilih pelangan yg telah divaksin jgk kita kena akur. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Porter72 at 17-8-2021 12:28 PM
This is a draft, which is being shared for information purposes only. ... Towards equitable access and fair allocation of COVID-19 health products.Kroger Eschedule
|
|
|
|
|
|
|
|
Adil.. Yg antivaks leh gi kedai aceh |
|
|
|
|
|
|
|
nakkomenjugak replied at 16-8-2021 01:04 PM
hehehe
haaa acaner?
nak ke shopping on9/order foodpan sampai ajm?
Supermarket/restoren saja. Pekedai runcit biasa dan peniaga waroeng takda maknanya nak adhere sangat dengan rule ni. Apa lagi di daerah kecil penduduk 5k plus macam daerah akak. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 16-8-2021 01:06 PM
Supermarket/restoren saja. Pekedai runcit biasa dan peniaga waroeng takda maknanya nak adhere sa ...
Kedai banyak dik chazy... Pergi saja mana mana, akan ada yang memberi keizinan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab ini Malaysia, akak senyum sinis saja. Kita tengok la tahun depan implementation masih on track atau dah ke laut dalam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|