CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Melayang Nyawa, Budak 12 Tahun Mandi Dalam Longkang Besar Lemas

13-8-2021 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2419| Komen: 9

JOHOR BAHRU – Keseronokan seorang kanak-kanak lelaki berenang dan mandi di longkang besar bertukar tragedi apabila dia ditemui mati lemas dalam kejadian di Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, di sini petang semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa yang berusia 12 tahun itu dikatakan telah terjun untuk berenang di dalam longkang besar ketika aliran airnya deras akibat hujan lebat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, rakan-rakan mangsa telah menasihatinya supaya tidak berenang di dalam longkang besar itu.

Foto: APM

“Mangsa bagaimanapun tidak menghiraukan nasihat rakannya apabila tetap terjun untuk bermain air tanpa menyedari arus deras dalam longkang tersebut.


“Pihak polis menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 5.15 petang berkenaan kejadian lemas membabitkan seorang kanak-kanak lelaki lemas di sebuah longkang besar di sekitar Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda.

“Pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah berjaya mengeluarkan mangsa daripada longkang tersebut dan disahkan telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, jenazah telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada waris untuk urusan pengebumian.

Jelasnya, sehingga kini tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam kejadian tersebut.

Tambahnya, kertas siasatan kematian mengejut (SDR) telah dibuka dan siasatan masih diteruskan.

“Pihak polis menyeru orang ramai supaya memantau pergerakan anak-anak agar insiden sebegini tidak menimpa keluarga mereka,” katanya.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 13-8-2021 12:40 PM
Takziah
tp mandi dlm longkang???
tak rasa zizik ke?
Quote Fortiori02 13-8-2021 12:55 PM
Takziah. Harap anak2 jgn dilepaskan tnp pengawasan, bahaya.
Quote Fortiori02 13-8-2021 01:00 PM
cmf_premierleag: Takziahtp mandi dlm longkang??? tak rasa zizik ke?


Budak2 kawasan iols mmg suka main longkang sbb nak tangkap berudu. Galak menangkap berudu, dah tak heran dah kotor ke apa longkang tu. Kena marah, baru tau takut. Tp esoknya buat balik sbb mak pak pun cam tak kesah.
Quote imanjannah 13-8-2021 01:01 PM
salam takziah.. gi mana budak2 ni time covid ni
Quote Nora_29 13-8-2021 03:46 PM
Oooo patutlah sis driving nak ke Damansara Aliff - BBU ada nampak van JPAM dan pajero polis bagai rupanya inilah kesnya petang semalam...memang Johor petang2 hujan lebat sejak 2 menjak ni, harapnya hati2 laa ye semua
Quote Thunderclouds 13-8-2021 03:48 PM
Salam takziah
Quote sekngucing 13-8-2021 04:48 PM
cmf_premierleag replied at 13-8-2021 12:40 PM
Takziah
tp mandi dlm longkang???
tak rasa zizik ke?

longkang parit mcm. di kampung tu kot.. air jernih
Quote zarulnazmi 15-8-2021 03:57 PM
“Mangsa bagaimanapun tidak menghiraukan nasihat rakannya apabila tetap terjun untuk bermain air tanpa menyedari arus deras dalam longkang tersebut.



Zaman aku budak-budak dulu takde pula rakan-rakan yang nasihat jangan buat. Lagi dicabar ada lah.

Macam curiga pula. Entah-entah sama-sama main air tapi bila seorang jadi mangsa yang lain nak cover line. Tapi itu perasaan aku je lah.
Quote famri7 15-8-2021 05:32 PM
Kalau mati di kelate habis kene cerca mukim, mak bapam dan sekolah..kalau di kedah..terus rakziah...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.047770 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top