Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan seramai 768,700 orang menganggur dengan kadar pengangguran juga dicatatkan meningkat kepada 4.8 peratus pada Jun berbanding 4.5 peratus pada Mei tahun ini.
Laporan yang dibuat berdasarkan keluaran Statistik Tenaga Buruh Malaysia pada Jun dan suku kedua tahun 2021 itu menunjukkan kedudukan penawaran buruh berdasarkan Survei Tenaga Buruh. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, bilangan penduduk bekerja menurun sebanyak 0.5 peratus kepada 15.30 juta orang (Mei 2021: 15.37 juta orang) dengan nisbah guna tenaga kepada penduduk jatuh sebanyak 0.4 mata peratus kepada 65 peratus. “Seterusnya, kadar pengangguran meningkat kepada 4.8 peratus setelah merekodkan penurunan bagi tempoh empat bulan berturut-turut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata, bilangan penduduk bekerja mengikut sektor ekonomi pada Jun 2021 menunjukkan kesemua sektor ekonomi mencatatkan penurunan guna tenaga. Menurutnya, sektor perkhidmatan merekodkan pengurangan bulan ke bulan buat pertama kalinya setelah mencatatkan peningkatan selama 12 bulan. “Penurunan dalam sektor perkhidmatan sebahagian besarnya aktiviti penginapan dan perkhidmatan makanan dan minuman; hartanah dan perdagangan borong dan runcit. “Dari segi taraf pekerjaan, kategori pekerja iaitu 77.6 peratus yang merupakan komposisi terbesar penduduk bekerja telah berkurang sebanyak 56,700 orang (-0.5 peratus) kepada 11.87 juta orang berbanding bulan sebelumnya (Mei 2021: 11.93 juta orang),” katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, terdapat lima negeri merekodkan kadar pengangguran tertinggi pada suku kedua 2021 adalah Labuan (8.8 peratus), Sabah (8.7 peratus), Perlis (5.3 peratus), Kelantan (4.8 peratus) dan Selangor (4.4 peratus). Selain itu, katanya, Pulau Pinang (73.5 peratus), Kuala Lumpur (73.4 peratus), Selangor (74.9 peratus), Sarawak (69.4 peratus) and Sabah (66.7 peratus) mencatatkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang tertinggi pada suku tersebut. “Pada suku ini, bilangan tenaga buruh berkurang sebanyak 36,100 orang kepada 15.97 juta orang berikutan penurunan bilangan penduduk bekerja dan penganggur. “Bilangan penduduk bekerja berkurang sebanyak 0.2 peratus kepada 15.21 juta orang terutama dalam sektor perkhidmatan, pertanian serta perlombongan dan pengkuarian. “KPTB pada suku ini adalah 68.3 peratus dengan kedua-dua lelaki dan perempuan masing-masing mencatatkan kadar 80.8 peratus dan 55.0 peratus," katanya. -CARI Sumber: Sinar Harian
|
nakkomenjugak replied at 9-8-2021 04:04 PM
Kesian pada yang kehilangan kerja waktu2 ni
Fikir macam mana nak bayar itu ini, beli makanan, ubat2 ...
tumpanglalu74 replied at 9-8-2021 05:06 PM
Kajaan gagal yang sembah kuman memang camni la negare. Eh jaman penyakit kuste dulu pon manusia sti ...
Eliadaisy83 replied at 9-8-2021 09:35 PM
Kalau hitung dr awal pkp tahun lepas lebih 3juta rakyat takde kerja termasuklah aku..dah 2 thn aku t ...
Fortiori02 replied at 9-8-2021 08:55 PM
Harap negara kita dpt capai herd immunity scpt mungkin & kes menurun banyak spy rakyat leh kuar beke ...
angelofish replied at 10-8-2021 07:47 AM
herd immunity tak wujud untuk covid.sebab orang di vaksin tetap boleh dapat covid dan menjangkiti. ...
ADVERTISEMENT