Penceramah yang juga pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun menyifatkan kematian penyanyi Siti Sarah sebagai kematian yang dicemburui kerana ‘dijemput’ oleh Allah SWT dalam keadaan husnu khatimah atau mati syahid.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Asma’ berkata demikian selepas melihat kematian Sarah mempunyai beberapa tanda bahawa dia meninggal dunia dalam keadaan baik iaitu husnu khatimah. “Subhanallah. Ada beberapa tanda husnu khatimah pada kematian Sarah. Antaranya kematian kerana wabak dan kerana melahirkan anak. Masya-Allah. “Seperti yang kita semua sedia maklum, kematian akibat wabak dan melahirkan anak merupakan kematian yang baik (husnu khatimah),” katanya. Ujarnya lagi, dia turut menyifatkan Sarah sangat beruntung kerana Allah SWT telah memberinya peluang untuk pergi dalam keadaan bersedia. “Allah SWT beri Sarah peluang untuk dia pergi dalam keadaan bersedia. Semua tahu, mereka yang akan ditidurkan oleh doktor akan diakhiri dengan mengucap kalimah syahadah. “Nabi Muhammad SAW bersabda, barang siapa yang mengakhiri kalimahnya dengan Lailahaillallah, mereka pasti akan masuk ke syurga. Insya-Allah,” ujarnya. Dengan nada sebak, Asma’ turut mengakui terkesan dengan berita tentang kematian Sarah pagi tadi akibat Covid-19. “Kematian Sarah menghidupkan hati. Mudah-mudahan menyentap jiwa dalam kalangan orang yang sedang terleka dan lalai termasuk saya. “Sarah disayangi ramai. Marilah kita sama-sama ambil peluang untuk berdoa. Bukan sahaja untuk Allahyarhamah Siti Sarah, tetapi juga untuk semua pejuang dan petugas barisan hadapan yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamatkan banyak nyawa,” katanya. Terdahulu, penyanyi yang popular menerusi lagu Kesetiaan itu dilaporkan meninggal dunia sekitar pukul 5.13 pagi hari ini selepas empat hari dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat Covid-19. -CARI Sumber: Kosmo |
dramaking007 replied at 9-8-2021 04:32 PM
tadi ada tgk kt youtube video ustz asma sampai nangis..aku blh simpulkan kak siti sarah punya kebaik ...
slyfynx replied at 9-8-2021 04:44 PM
Untung Siti Sarah, mati nya dalam Husnul Khatimah.
Tp, sy sgt2 risau bile ramai claim mati syahid ...
slyfynx replied at 9-8-2021 04:44 PM
Untung Siti Sarah, mati nya dalam Husnul Khatimah.
Tp, sy sgt2 risau bile ramai claim mati syahid ...
Raline replied at 9-8-2021 04:54 PM
baru2 nibkn main menchucky beliau la itu la ini la.. sy ada screen shot taw.
johan-adx replied at 9-8-2021 05:10 PM
tp meninggal akibat penyakit wabak slh 1 syahid..
slyfynx replied at 9-8-2021 04:44 PM
Untung Siti Sarah, mati nya dalam Husnul Khatimah.
Tp, sy sgt2 risau bile ramai claim mati syahid ...
olaklempit replied at 9-8-2021 06:01 PM
Bab ni ramai kita keliru. Pernah dengar Ustaz Zahazan tak silap, explain. Banyak jenis syahid ni.. ...
slyfynx replied at 9-8-2021 04:44 PM
Untung Siti Sarah, mati nya dalam Husnul Khatimah.
Tp, sy sgt2 risau bile ramai claim mati syahid ...
RatuDunia94 replied at 9-8-2021 08:25 PM
Hopefully kematian sarah ni berterusan diiringi dgn cerita2 yg baik. X mau mcmarwah abam dulu sehari ...
ADVERTISEMENT