CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Zuraida Biadab, Derhaka Pada Agong" - Hans Isaac

5-8-2021 02:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3901| Komen: 23

Pelakon dan pengarah, Hans Isaac kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin terhadap Yang di-Pertuan Agong berkaitan pembatalan Ordinan Darurat.


Bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu menyifatkan kenyataan Zuraida sebagai tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan prinsip menghormati institusi diraja.


Kredit foto: IG Hans

“Sebagai seorang yang menjunjung perlembagaan negara yang mengiktiraf kedaulatan Raja-Raja, saya melahirkan perasaan dukacita dengan sikap seorang yang berstatus Ahli Parlimen.

“(Dia) sepatutnya membawa obor menghormati kedaulatan ini tetapi malangnya membawa sikap yang menjurus kepada kebiadaban dan penderhakaan kepada raja,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam, Zuraida dilapor berkata kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara berhubung cadangan pembatalan Ordinan Darurat pada 29 Julai lalu adalah tidak wajar.


Ini selepas Yang di-Pertuan Agong melahirkan rasa dukacita apabila pembatalan Ordinan Darurat pada 26 Julai lalu dilakukan tanpa mendapat perkenan baginda dan tidak dibentangkan di Dewan Rakyat.

Zuraida berkata, Yang di-Pertuan Agong sepatutnya mendapatkan penjelasan daripada kabinet terlebih dahulu sebelum mengeluarkan titah.



Mengulas lanjut, Hans berkata tindakan Zuraida itu menggambarkan dirinya tidak menghormati penganugerahan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang lalu.

Untuk rekod, Hans menyertai PKR pada November tahun lalu selain dua lagi rakan artis Afdlin Shauki dan Altimet. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 5-8-2021 02:21 PM
acik juraida tu pernah ke bijak pun..
heheheheh
Quote che-cikL 5-8-2021 02:38 PM
Nak masuk bertanding kat Ampang lah tu....
Quote terma2nkondisi2 5-8-2021 03:08 PM
hans isaac ni mmg tngh riki2 nak jadi wakil rakyat ke?
Quote Babai 5-8-2021 03:10 PM
che-cikL replied at 5-8-2021 02:38 PM
Nak masuk bertanding kat Ampang lah tu....

Hahahahaha
Quote Tinot7 5-8-2021 03:24 PM
Tok hans turun padang kat kawasan tak? Kalau tak, camne nak jadi wakil rakyat?
Quote MontanaHannah 5-8-2021 03:30 PM
zuraida ni buat apa sangat dalam kementerian selain gila jawatan menteri dan makan gaji buta haram


bangsat ko zuraida

sudahlah rupa hodoh ,perangai ko pun cukup bangsat!
siapalah laki dia yg tergamak menutuh dgn dia.


jaga perumahan padahal Melayu paling susah nak beli rumah

bughit ko zuraida
Quote Rockafella 5-8-2021 03:50 PM
mak lampir sanggup menjilat ludahnya sendiri demi jawatan di kabinet.
Quote domestobot 5-8-2021 03:53 PM
Zuraida kan orang Singapore. apa kisah nak taat setia kepada Agong. lagipun pada dia Agong tu cuma bagi darjah kurniaan dapat Datuk je. lain daripada tu Agong boleh duduk diam ye tak.
Quote readbaca 5-8-2021 04:23 PM
tak taulah mcm mana org boleh pilih mak lampir ni.
Quote biskut_milo 5-8-2021 04:27 PM
Ya.. Ok Tok Hans...
Quote meteorspeed 5-8-2021 04:27 PM
Takpa geng abahcow..
Quote OyenLemas 5-8-2021 04:30 PM
tak suka zuraidah. tp hans isaac ni kenapa? siapakah dia utk buat statement ? haha
Quote zamzam 5-8-2021 04:30 PM
readbaca replied at 5-8-2021 04:23 PM
tak taulah mcm mana org boleh pilih mak lampir ni.

Aku mmg meluat dgn geng jemin.
Quote Whitepinkrider 6-8-2021 11:07 AM
makin lama makin mcm2.. bagi la rakyat memilih semula..
Quote Whitepinkrider 6-8-2021 11:08 AM
makin lama makin mcm2.. bagi la rakyat memilih semula..
Quote Whitepinkrider 6-8-2021 11:12 AM
makin lama makin mcm2.. bagi la rakyat memilih semula..
Quote biozipstar 6-8-2021 01:02 PM
ahli politik jarang yg hormat agong hmmm
Quote tripleid 6-8-2021 04:26 PM
Edited by tripleid at 6-8-2021 04:27 PM

mak lampir ni BI spm gred berapa dulu?


[fbp]https://www.facebook.com/199843990194126/videos/882495485685323[/fbp]
Quote RatuDunia94 6-8-2021 05:16 PM
Ye lah kan Agong a.k.a Sultan Pahang yg bg gelaran Datuk kat Hans. Of coz heols kena sokong.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.034972 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top