Datuk Seri Najib Razak secara sinis berkata, sudah terbukti mereka perlu membodek Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika mahu kes digugurkan bukan melawannya dengan menarik sokongan.
Bekas perdana menteri yang sering dikaitkan sebagai Kluster Mahkamah itu menegaskan, nama seseorang tidak dapat dibersihkan sepenuhnya sekiranya kes digugurkan begitu sahaja sebaliknya ia perlu melalui proses perbicaraan penuh, telus supaya kebenaran boleh muncul. ”Seperti kebenaran-kebenaran yang sudah pun terbukti dalam perbicaraan mahkamah saya bahawa dana yang sering disebut RM2.6 bilion itu sudah dipulangkan kepada penghantar empat bulan selepas diterima, bahawa saya terima RM642 juta terus dari akaun bank kementerian kewangan Arab Saudi dan disedekahkan sepenuhnya, bahawa wang RM42 juta berkait SRC juga disedekahkan sepenuhnya – bukan untuk kegunaan peribadi dan fakta bahawa RM114 juta yang dirampas dari saya adalah dana PRU-14 UMNO dan bukan dana dari sumber 1MDB atau sumber haram.
”Berani kerana benar. Itu pendirian saya,” katanya dalam kenyataan hari ini. Najib berkata, Muhyiddin perlu faham keputusan untuk tarik sokongan dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO yang berpuluh orang ahlinya serta pendirian akar umbi semasa Perhimpunan Agung UMNO bahawa UMNO tidak mahu berpakat dengan parti Pribumi Bersatu Malaysia. Tegas beliau, keputusan itu bukan keputusannya seorang. Najib tidak lagi boleh menyokong Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negara kerana tidak boleh memaafkan kesilapan demi kesilapan yang terlalu jelas bagi dasar dan langkah kawalan Covid-19 yang langsung tidak masuk akal sehingga ramai nyawa terkorban dan negara menjadi antara paling parah dilanda Covid-19 di dunia. Menurutnya, Malaysia tidak akan menjadi paling parah dalam dunia tanpa sebab atau tanpa kesilapan kerajaan yang amat besar. Malaysia menjadi satu-satunya sahaja negara dalam dunia yang isytihar darurat untuk gantung Parlimen tetapi Covid-19 menjadi 10 kali ganda lebih teruk dan pasaran saham kita jadi kedua paling corot dalam dunia di belakang Venezuela. Bahkan, Malaysia menjadi satu-satunya negara sahaja dalam dunia yang melakukan sekatan pergerakan paling lama tetapi kes jangkitan Covid-19 semakin tinggi. Loading FB Post... ”Itu pun belum cukup bagi mereka. Lagi mahu menipu dalam parlimen serta derhaka pada YDP Agong dan Raja-Raja Melayu. ”Kenapa pula saya nak sokong lagi mereka yang gagal tahap world-class sehingga terlalu ramai nyawa terkorban? Kenapa pula saya nak sokong mereka yang jelas derhaka pada Raja-Raja Melayu?” soal Najib lagi. Sumber: MalaysiaGazette
|
OyenLemas: ko punya gagal tahap apa? universe ???
MissVixen replied at 5-8-2021 01:54 PM
Pot pet pot pet dalam fb. Dalam parlimen diam. Duit banyak, pergi bantu orang pekan. Aku ikut jalan ...
nakkomenjugak: Banyak munyikk betol jibby.Pak lah jugak aman2 jah tengok kemelut Malaya
Itzy replied at 5-8-2021 01:46 PM
hahahah betul tu, dia punya gagal lagi teruk, habis jatuh menjunam ringgit. Tak pasal2 semua baran ...
ADVERTISEMENT