Sekeping gambar menunjukkan makanan dibungkus menggunakan kertas yang tertera keputusan ujian saringan Covid-19 positif menjadi tular dalam media sosial. Perkara itu dialami seorang pembeli di Depok, Jawa Barat.
Katanya, dia membeli makanan bergoreng di sebuah kedai dan menyedari makanan itu dibungkus menggunakan kerta keputusan ujian Covid-19. “Saya harap, tiada apa-apa akan terjadi, mungkin makanan ini lebih sedap selepas dibungkus dengan kertas keputusan Covid-19,” selorohnya. Berdasarkan keterangan pada kertaa ujian tersebut, individu yang menjalani pemeriksaan adalah seorang wanita warga emas berusia 63 tahun pada Februari lalu. Gambar itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Seorang daripadanya menulis ‘begitulah hebatnya orang Indonesia, kertas keputusan ujian Covid-19 pun boleh dibuat bungkus makanan’.
Ada juga pengguna yang berasa kejadian itu lucu, namun perlu berhati-hati kerana terdapat butiran peribadi yang boleh disalah guna untuk pihak tidak bertanggungjawab. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT