CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dapat RM62,000 Jumpa Keropok Unik

28-7-2021 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3005| Komen: 11

Description: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun tidak menyangka dia bakal menerima durian runtuh sebanyak AU$20,000 (RM62,401) selepas menemukan sekeping keropok yang disifatkan ‘mempunyai bentuk paling un ...
Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun tidak menyangka dia bakal menerima durian runtuh sebanyak AU$20,000 (RM62,401) selepas menemukan sekeping keropok yang disifatkan ‘mempunyai bentuk paling unik’.


Rylee Stuart menemukan sekeping keropok berbentuk gelembung segi tiga ketika dia menikmati makanan ringan jenama Doritos.


Dapat RM62,000 Jumpa Keropok Unik


Keropok Doritos kebanyakannya berbentuk segi tiga nipis.

Kemudian, remaja itu memuat naik gambar ke dalam aplikasi TikTok dan ramai menyuruhnya melelong kepingan keropok itu di dalam eBay.

Tanpa disangka, bidaan kepingan keropok itu mencecah sehingga AU$100,000 (RM312,009), namun eBay menarik balik lelongan tersebut atas sebab tertentu.

Bagaimanapun, syarikat Doritos membuat keputusan memberi penghargaan kepada Stuart atas ‘langkah berani’ dan ketelusannya untuk melelong kepingan keropok berkenaan.


Ketua Pegawai Pemasaran Doritos, Vandita Pandey berkata, syarikat tersebut gembira dengan kisah Stuart yang teruja menemukan kepingan keropok keluarannya yang berbentuk unik.

“Kami bangga dengan sikap kreatif Stuart dan oleh itu, kami ingin beri penghargaan kepadanya,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 28-7-2021 01:21 PM
Bid kt eBay bkn betul..ramai je gune software autobid utk dptkn brg.tapi xbaya pn ramai
Quote maitang 28-7-2021 02:01 PM
yang ni betul rezeki bergolek namanya
Quote jiwasemangat 28-7-2021 02:05 PM
..brangan volley laa.. tak kena bayar pon..
Quote Tinot7 28-7-2021 02:09 PM
Benda mcm ni pun ada org nak beli dgn rega mahai...
Quote nakkomenjugak 28-7-2021 03:17 PM
haritu nugget bentuk apa entah, ni doritos pulak. esok tengok kalau ada karipap bentuk dinosaur
Quote SweetRehan 28-7-2021 05:15 PM
Untungnya....rezeki2
Quote jiwasemangat 28-7-2021 06:14 PM
..itu la stori akhir nya.. siapa laa nak bayar mahal mahal cam tuu.. zaman kobid ni.. org mana ada duit banyak
Quote supernaturalee 28-7-2021 08:57 PM
Klu org dh lm x mkn
Dulik lh bentuk segi tiga kembung ke
Bentuk cendawan ke
Bentuk dinosaur sekali pun
Sekali die ngappp je habesss


Quote TomyamPuteh 28-7-2021 10:17 PM
Tiba2 teringat ketupat lembu upin ipin.
Quote I.K.A888990 28-7-2021 11:35 PM
tahniah rezeki masyukk
Quote jiwasemangat 29-7-2021 07:03 AM
...62k ituu..dah dapat belom. Selagi belum masuk akaun budak tuu.. selagi itu la susah nak caya..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.054840 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top