Melalui fasa 'turun naik' dalam percintaan sejak enam tahun lalu, pelakon Syafiq Kyle mengakui dia dan aktres Mimi Lana kini dalam proses membawa hubungan cinta mereka ke peringkat yang lebih baik.
Biarpun tidak menyatakan hasrat untuk berkahwin dalam masa terdekat, namun Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak mengharapkan peminat mendoakan yang terbaik buat mereka berdua. Menurut pelakon berusia 29 tahun ini, dia enggan berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu kerana bimbang tersalah cakap atau termakan kata-katanya sendiri. "Sebenarnya semua orang dah tahu (hubungan dengan Mimi). Saya dengan Mimi baik-baik sahaja... Insya-Allah kami menuju ke perkara yang baik dan positif juga.
"Apa yang saya harapkan doa daripada semua orang selain saya juga sentiasa berdoa. Saya nak cakap lebih-lebih pun tak berani, sebab takut tersalah cakap atau termakan apa yang saya cakap. "Benda ini pun melibatkan soal jodoh... tapi saya menghargai apa yang ada dan yang lain, saya serahkan kepada Allah serta semua orang agar doa yang baik-baik untuk kami," katanya kepada mStar.
|
hasniey replied at 23-7-2021 03:49 PM
Alaaa jd jgk ke dgn mimi lana?ai suspicious la sejak2 ada "fiq belakang sikit" ni
Dah la minah tu pr ...
makadek replied at 23-6-2022 07:06 AM
Hah minah ni pondan ke
ADVERTISEMENT