Pendakwah bebas, Ebit Lew meminta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk penduduk di Palestin.
Ebit Lew dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di Instagramnya tadi berkata, dia tidak membawa duit sesiapa daripada kutipan tabung kerana pihak tidak pernah membuka sebarang tabung Gaza. “Saya pergi sana dengan duit saya sendiri dan tidak pernah buka satu tabung pun untuk ke Gaza, Palestin. Saya pergi dengan duit saya bersama sahabat yang sangat rapat dengan saya dan juga ada beberapa rakan di Facebook yang menyumbang. “Ramai maki saya dakwa saya bawa duit Malaysia ke sana, dalam Live Muhammad Nadir Al-Nuri sebelum ini dia pernah sebut beliau mengumpul duit sumbangan yang berjumlah RM20 juta, jadi soalan itu sebenarnya berbalik kepada beliau di mana duit itu?
“Saya yakin dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sana, tetapi saya mahu balikkan soalan itu kepada dia, di mana sumbangan RM20 juta, ada resit ada bukti?,” katanya. Ebit juga menjawab persoalan yang dibangkitkan Muhammad Nadir Al-Nuri mengapa pihaknya membeli barang keperluan di Cairo, Mesir, di mana katanya persoalan itu sepatutnya tidak dibangkitkan kerana satu-satunya NGO dibenarkan ialah Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir. “Sebenarnya soalan ini tidak patut wujud, kerana satu-satunya NGO yang dibenarkan ialah Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir. “Hal-hal bantuan memang melalui persatuan Bulan Sabit Merah Mesir. Saya beli barang perubatan empat lori di Mesir, semua sudah masuk. Di Gaza juga saya ada beli barang sumbangan. Saya guna juga duit saya beli barangan di Mesir,” katanya. – CARI Sumber: Kosmo
|
dua_chzy replied at 22-7-2021 03:12 PM
Kenapa sedara Ebit yang terkenal baik dan zuhud tak berhenti bercakap semasa azan zohor? Hati sedang ...
noor2 replied at 22-7-2021 03:19 PM
Lerrrr nadir pun 2×5....euwww
makadek: Tunggu turn nadir lakTp dewa ada cakap takSaya redha kalau saya di auditKalau ada baru gentle
bakingsoda replied at 22-7-2021 03:35 PM
awal sangat ni kaka. nadir kata dia audit ye cinta gaza tu, tunggu jawapan balas nadir dulu. tapi ...
dua_chzy replied at 22-7-2021 03:12 PM
Kenapa sedara Ebit yang terkenal baik dan zuhud tak berhenti bercakap semasa azan zohor? Hati sedang ...
ADVERTISEMENT