CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Lori Misi Bantuan Ustaz Ebit Lew Diarah Berpatah Balik

22-7-2021 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7741| Komen: 42

BENTONG – Tiga buah lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew diarah berpatah balik semalam kerana gagal mengemukakan kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, tiga buah lori yang menuju ke Kuantan, Terengganu dan Kelantan itu diarah berpatah balik dan tidak dikenakan kompaun.

“Sebenarnya tiada isu, bila kita tanya ada atau tidak kebenaran dia (pemandu) kata tidak ada kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, jadi kami tidak benarkan masuk.

“Kita hendak mengekang penularan Covid-19 daripada luar ke Pahang sepertimana pernah berlaku semasa bantuan banjir, itulah sebab kerajaan Pahang ambil iktibar apa yang berlaku,”katanya di sini hari ini.

Foto: Kosmo


Menurutnya, kerajaan negeri telah menetapkan bahawa sebarang bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu ditransitkan di khemah transit yang disediakan di SJR Bentong di sini.

Beliau berkata, sekiranya perlu dihantar ke lokasi tertentu ia perlu mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau PKOB daerah.

Sementara itu Zaiham berkata, sehingga pukul 1 tengah hari semalam pihak polis melakukan pemeriksaan ke atas kira-kira 780 buah kenderaan yang memasuki daerah ini di Sekatan Jalan Raya (SJR) Plaza Tol Bentong.

Tambahnya, daripada semalam sehingga pukul 4.53 petang ini sebanyak 53 buah kenderaan telah diarahkan berpatah balik kerana tujuan pergerakan tidak munasabah dengah menggunakan surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 22-7-2021 01:58 PM
Yakin je kan team dia main redah...
Pastu aku tgk ada pentaksub kata
Gov saja nk bagi mati kebulur
Saja nk sekat2
Mmg negatif gila fikiran pentaksub
Quote KIM.K 22-7-2021 02:00 PM
Syabas. How pakai sut gentleman tapi tak fl*sh ai kenot brain
Quote MontanaHannah 22-7-2021 02:03 PM
Tersandar di tin biskut

Quote pichee 22-7-2021 02:14 PM
Salute dgn polis kali ini
Quote Skuau 22-7-2021 02:14 PM
main redah jer ke.......
Quote pokokbunga 22-7-2021 02:17 PM
Wahhh agaknya bila lori driver tu sebut , ni barang bantuan dari UEL, so ingat pihak polis nk bagi mcm tu jer lepasss? Kena lar ikut proper prosedur, jgn main langgarrr jer… patutnya sbg seorang celebrities tunjuk kan adab yg betul
Quote PristineOne 22-7-2021 02:38 PM
Kalao ikut prosedur kang...kat Balai nanti Polis tanya mana surat dari Ahli Parlimen yg minta bantuan atau mana surat dari Jawatankuasa Bencana Daerah ..tak pun mana surat jemputan dari MKN Negeri..

Tujuan Ebit neh nak redah sebab ..dia akan pergi kat mana yg dia ada rasa content value...park lori kat situ dan agih agihkan sumbangan... kalao koloborasi ikut SOP nanti...tak adalah content utk FB atau IG.

Apa payah sangat nak ikut prosedur nak serah sumbangan? MKN...Majlis Bencana Negara dan Polis memang alu alukan....tapi ikut la prosedur...

Beri sumbangan nak pahala....Nak dapat pahala bukan malaikat check ada gambar ada video dalam IG ngan Fesbuk... bagi balik tabir aja la...

Kalao nak bergambar pun...bergambar la masa pikul beras masuk lorii...pastu duduklah atas kampit beras tu.... menangis la sikit... Gambar macam tu pun dah ok... Tapi ikut la prosedur...jgn main redah ja.
Quote Buritan 22-7-2021 02:42 PM
PristineOne replied at 22-7-2021 02:38 PM
Kalao ikut prosedur kang...kat Balai nanti Polis tanya mana surat dari Ahli Parlimen yg minta bantua ...

Setujukkk sgtt
Quote adelea 22-7-2021 02:46 PM
PristineOne replied at 22-7-2021 02:38 PM
Kalao ikut prosedur kang...kat Balai nanti Polis tanya mana surat dari Ahli Parlimen yg minta bantua ...

Well said la pakcik ...
Quote Timortimur 22-7-2021 02:48 PM
Menyampah pulak i dengan el ni.ikut kepala angin dia aje.dia ni memang betul2 ustaz ke atau sebab kelayakan berkopiah dan berjanggut?
Quote makneng 22-7-2021 02:49 PM
Kasik redah semua benda.. Redah.. Redah.. Ujung2 tersadai..
Quote cahaya_almas 22-7-2021 02:50 PM
Sbb ni ke dia gi report polis
Quote makneng 22-7-2021 02:51 PM
Timortimur replied at 22-7-2021 02:48 PM
Menyampah pulak i dengan el ni.ikut kepala angin dia aje.dia ni memang betul2 ustaz ke atau sebab ke ...

Yg mak tau dr screen shot yv porumer tepek kat benang dewasayu tu, dia sendiri kata dia bukan ustaz.

Biasalah org kita.. Berjanggut sikit, letak kopiah, pakai jubah dah dipanggilnya ustaz.. Sian
Quote namieamuro 22-7-2021 02:54 PM
redah lagi. nyampah btl. org bukan marah atau dengki nk bg sumbangan. tapi bole tak ikut prosedur. kalau rakyat laen bersusah payah ngadap polis mtk kebenaran rentas negeri, buat la yg same gk. dr awal pkp pun mcm tu gak. hebat btl kuasa die langgar sop manjang. takde pulak org nk marah ye.
Quote nakkomenjugak 22-7-2021 02:55 PM
hihihihih amboii macam nama besar sangat main redah je.
Quote chandrahusin 22-7-2021 03:03 PM
“Kita hendak mengekang penularan Covid-19 daripada luar ke Pahang sepertimana pernah berlaku semasa bantuan banjir, itulah sebab kerajaan Pahang ambil iktibar apa yang berlaku,”katanya di sini hari ini.

sbb ni la disuruh balik
betul la ambik iktibar
Quote duri_durians 22-7-2021 03:12 PM
terima kasih sbb tak lepaskan kerana "nama"..

orang lain nak g hospital negeri sebelah pun susah payah mohon permit.

benda simple pun tak boleh nak buat...

Quote diss69 22-7-2021 03:17 PM
PristineOne replied at 22-7-2021 02:38 PM
Kalao ikut prosedur kang...kat Balai nanti Polis tanya mana surat dari Ahli Parlimen yg minta bantua ...

Setuju sangattttt....
Quote lyshafull 22-7-2021 03:21 PM
Nasib la polis kene maki ngn pentaksuh nnti dyrg kabo polis jeles laa ni kat pahang semua susah xde malaikat/tuhan yg jaga

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.056986 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top