Seorang ibu tiri bertindak kejam dengan membiarkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mati kebuluran selepas mengikatnya dengan rantai anjing elektrik. Wanita berusia 27 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara selama 65 tahun, lapor Daily Star.
Dayana Medina-Flores menerima hukuman maksimum itu setelah mengaku bersalah atas pembunuhan yang mengerikan itu. Tertuduh membiarkan mangsa, Eduardo Posso sendirian di sebuah bilik mandi di sebuah motel di Bloomington, Indiana, Amerika Syarikat, selama berminggu-minggu. Menurut laporan wbiw, tertuduh bersubahat dengan bapa kandung kanak-kanak itu, Luis Eduardo Posso, 34, untuk menganiaya mangsa. Dokumen mahkamah menunjukkan terdapat serat rambut dalam badan mangsa. Keadaan itu dipercayai mangsa terlalu lapar hingga terpaksa memakan rambutnya sendiri. Perbicaraan ke atas Luis Eduardo Posso ditangguhkan dan kini ditahan atas pertuduhan antaranya kerana membunuh, kecuaiannya mengakibatkan kematian, melakukan kurungan yang kejam dan jenayah pengurungan hingga menyebabkan kecederaan.
Dia berdepan dengan hukuman penjara atas kesemua pertuduhan itu. Sumber: mStar
|
espri6006 replied at 21-7-2021 10:24 AM
Normadiah kekal sebagai ibu tiri yang jahat dalam filem...geram aku tengok dia siksa manja dalam cie ...
azie5zoe replied at 21-7-2021 11:08 AM
Cerita Lela Manja..jahatnya mak tiri tu macam syaiton dan rasanya dalam cerita tu jer kot Salleh K ...
sue_liah replied at 21-7-2021 12:52 PM
kejam nya sampai makan rambut sendiri...syaitan betul pelaku nya meremput la ko kt penjara tu
espri6006 replied at 21-7-2021 11:54 AM
Tu lah rasanya Lela Manja ..nak teka takut salah. Citer dia lebih kurang sama dengan apa yang terj ...
ADVERTISEMENT