CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

#Justiceforbella, Pemilik Rumah Bonda Ditahan Polis

16-7-2021 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2890| Komen: 6

Kuala Lumpur: Pemilik Rumah Bonda ditahan polis semalam bagi membantu siasatan kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan ketika dihubungi Harian Metro berkata, wanita berusia 29 tahun itu ditahan 10.30 pagi semalam.


Katanya, dia ditahan selepas diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi memberi keterangan susulan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya.


Foto: FB

"Kertas siasatan baharu telah dibuka dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506, Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah," katanya.


Menurutnya, polis mengemukakan permohonan reman ke atas wanita itu pagi ini di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

"Masyarakat perlu memahami, kita perlu ambil kira banyak aspek perundangan ketika jalankan siasatan, termasuk hak undang-undang serta keselamatan semua pihak yang terlibat termasuk situasi semasa.

"Sehubungan itu, kita minta masyarakat untuk terus beri keyakinan kepada pasukan penyiasat PDRM untuk melaksanakan tugas mereka," katanya.

Media sebelum ini melaporkan remaja Sindrom Down berusia 13 tahun dikenali dengan nama Bella dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota.

Rumah kebajikan terletak di Jalan Kukuban di Taman Setapak di sini turut dikenakan sita melalui perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 5 Julai lalu.

Lanjutan itu Pelindung Unit Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut mengambil tindakan terhadap enam kanak-kanak dengan mengeluarkan mereka daripada rumah kebajikan itu.

Rumah kebajikan ini juga didapati beroperasi secara haram sejak 2019 dan tidak berdaftar dengan JKM

Kisah menyayat hati itu mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib Bella dan mewujudkan tanda pagar #justiceforBella di media sosial.

Bella kini ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote per706 16-7-2021 01:02 PM
Dakwa skali dia utk case adik Adam tu.binatang betul.dari segebu2 bby,tulng je tggal di akhir hayat bby tu.ko terusan gemok gedempol mcam tu.mencekik x hagak2.bby dibiar lapar gmaknya
Quote dua_chzy 16-7-2021 01:12 PM
Kau takleh sambung di tered sedia ada ka sisbruh?
Quote dua_chzy 16-7-2021 01:15 PM
Kau takleh sambung di tered sedia ada ka sisbruh?
Quote nakkomenjugak 16-7-2021 01:23 PM
sambung je kat thread yang ori.
neway, bagus. kurung si gemuk tu biar jadik kurus.
tiap tahun ada kes camni. tunggu masa je untuk diketahui orang.
Quote None68 16-7-2021 05:27 PM
Dah lepas dah..2x gitu..ingatkan kena reman
Quote Fortiori02 16-7-2021 09:51 PM
Comel adik Bella ni, kesian dia sbb kenal dgn binatang

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.044511 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top