Jakarta: Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) mendedahkan pernah mengalami gejala Covid-19 tetapi tidak menjalani sebarang ujian saringan.
Ia dilaporkan media tempatan negara itu termasuk CNN Indonesia. Menurut UAS, apabila ada yang bertanya sama ada dia pernah dijangkiti Covid-19, dia tidak tahu mengenainya tetapi mengakui pernah mengalami gejala. Kata UAS, pada masa itu, dia kehilangan deria bau, sakit badan dan kepala selepas pulang dari luar bandar baru-baru ini. "Saya tidak boleh bau durian, tulang-tulang dalam badan seperti mahu patah dan kepala saya seperti dihempap batu berat.
"Namun, saya tidak pernah pergi ke hospital untuk menjalani ujian saringan kerana bagi saya, sakit Covid-19 bukan satu hukuman. Setiap yang hidup pasti akan mati, jadi saya jalani hidup apa adanya," katanya. UAS pernah mencetuskan kontroversi apabila mengecam tindakan kerajaan Indonesia menutup masjid di kawasan yang dikenakan perintah berkurung dan mengatakan agama dijadikan kambing hitam dalam perang melawan pandemik Covid-19. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Suchi replied at 14-7-2021 09:57 AM
Agamawang kat malaysia pun ada je yg mcm tak caya covid ni siap ckp zaman nabi mana ada solat jarak2 ...
Megikari replied at 14-7-2021 10:06 AM
Kalau dia kena kanser agaknya dia gi hospital tak ek? Ke, akan jalani hidup seadanya je?
ADVERTISEMENT