CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Keluarga Maafkan Nia Ramadhani Dan Ardi Bakrie

13-7-2021 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2665| Komen: 2

Jakarta: Susulan penahanan pelakon Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie baru-baru ini, keluarga sudah memaafkan mereka serta menasihatkan pasangan itu untuk memperbaiki diri.


Abang Ardi iaitu Anindya menerusi sebuah kenyataan, berkata pasangan terbabit ikhlas mengesali perbuatan mereka dan berharap ia menjadi pengajaran besar.

"Tidak ada manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan, baik besar mahupun kecil. Demikian pula dengan kedua adik saya, Ardi dan Nia.

"Keduanya menyedari kesalahannya dan meminta maaf dengan tulus, baik kepada keluarga mahupun masyarakat. Kami sekeluarga sudah memaafkan dan memberi nasihat mendalam buat mereka.

"Semoga ini menjadi catatan berharga untuk perbaiki hidup," katanya.

Ardi, Nia, Anindya Kredit foto: Agensi


Dalam pada itu, Anindya turut meminta semua pihak memberi peluang kepada adik dan adik iparnya itu untuk menjadi individu yang lebih baik.

"Sebagai abangnya, izinkan saya juga memohon agar dibuka pintu kemaafan seluas-luasnya serta memberi peluang keduanya untuk menjadi seorang yang lebih baik lagi.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat dan masyarakat yang memberikan keterangan, simpati serta segala bentuk sokongan.

"Selama ini, Ardi dan Nia yang selalu membantu saya ketika waktu sukar. Kini, masanya saya perlu memberikan sokongan serta semangat yang sama," katanya dalam sebuah hantaran di Instagram.

Pada 8 Julai lalu, Nia dan Ardi ditangkap pegawai polis kerana didakwa ada kaitan dengan penyalahgunaan dadah. Penangkapan itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Metro Jaya, Inspektor Yusri Yunus. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bictoria 27-7-2021 04:17 PM
ada duit semua sayang
Quote Chessman 28-7-2021 03:13 AM
Sunyi sepi terus ig dia lepas cerita dadah dia ni keluar.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.043793 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top